Pelakon senior, Jasmin Hamid menafikan dakwaan segelintir pihak yang sering kali melabelkan dirinya sebagai pelakon yang sentiasa ingin kelihatan cantik di hadapan kamera.
Menurut Jasmin, setiap watak yang diberikan, dia akan membawakannya dengan sepenuh hati mengikut kesesuaian dan tuntutan watak tersebut.
“MAK NGAH GAYAH. Drama #cukupderitaitubysitirosmizah
Sebelum dan selepas lumpuh. Full make up and naked face.
“Saya maafkan segelintir uols yang pernah berprasangka buruk bahawa saya jenis seorang pelakon yang nak cantik dan berbulu mata palsu 24 jam.
“Saya berlakon mengikut kehendak watak. Saya akan lakukan setiap watak saya dengan sepenuh hati saya supaya BERKAT gaji yang saya terima,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Jasmin menjelaskan, setiap watak yang diberikan hendaklah dibawa dengan penuh penghayatan agar mesej yang ingin diketengahkan sampai dan menusuk ke jiwa penonton.
“Saya seorang PELAKON bukan RATU CANTIK. Nak jadi seorang pelakon yang bagus, wajib belajar dan tau tentang setiap watak yang diberikan.
“Kalau pelakon itu sendiri tidak RASA, jangan harap penonton dapat RASA apa yang ingin di sampaikan dalam sesebuah karya. Tugas pelakon untuk mencipta RASA,” jelasnya lagi.
Pelakon drama, Derita Untuk Bahagia itu turut menambah, seorang pelakon yang baik hendaklah sentiasa bersedia untuk membawakan apa sahaja watak tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun.
“Kalau seorang Pelakon tu nak sentiasa nampak cantik dan handsome, tak nak bawa watak hodoh, busuk, berlendir mengikut kehendak watak, cari kerjaya lain yang boleh nampak cantik dan handsome 24 jam.
“Jangan rosakkan karya orang. SORRY JIKA ADA YANG TAK SETUJU DENGAN PENDAPAT SAYA,” akhirinya.
Selain Jasmin, drama sebanyak 40 episod itu turut dibintangi Didie Alias, Ruhainies, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Jasmin Hamid