Pelakon Abby Abadi akui teruja apabila usahanya untuk menurunkan berat badan kini telah pun menunjukkan perubahan positif.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, dia akan terus berjuang untuk mendapatkan berat badan ideal selain turut memaklumkan dirinya sudah serik untuk berbadan besar.
View this post on Instagram
“Setiap lelah pasti berkah. Sudah melangkah, teruskan. Jangan mengalah. Lama toad gambar manis kita kan? Inilah yang terbaharu.
“Meraikan kemenangan berjaya kurus sikit. Nak teruskan usaha untuk sikit lagi. Doakan ya. Tak nak ‘dobok’ dah. Insaf,” tulisnya.
Perkara itu, dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Gerak Khas The Movie itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran sama, Abby turut memuat naik foto terkininya yang kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini.
Katanya lagi, dia akan kerap berkongsi mengenai perubahan berat badannya itu selepas ini.
“Tengok gambar dua hingga empat bulan sebelum ini, buruk betul rasa. Nanti saya kongsikan lagi. Sebelum ini, memang saya tak kongsi. Pilih gambar yang nampak kurus sahaja.
“Kali ini kita kumpul dan biar anda tengok sendiri. Seriuslah, jom insaf sama-sama,” kongsinya lagi.
Hantaran tersebut turut mendapat respon daripada bekas suaminya yang juga merupakan pelakon, Norman Hakim.
“Pergh, buat la live lepas ni, mesti letop sales nyah,” selorohnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti kagum dengan perubahan tersebut selain turut memuji penampilan Abby yang lebih cantik saat ini.
“Kecilnya awak,” komen penyanyi dan pelakon, Azza Elite.
“Cantik sangat ni,” balas pelakon dan usahawan Wawa Zainal.
“Yay, sudah slim my girl. Good job,” komen pelakon Watie Sadali.
“Powerlah mama,” balas pelakon Memey Suhaiza.
Sebelum ini, Abby ada berkongsi beberapa hantaran video yang memaparkan dirinya menjalani rutin bersenam bersama anak sulungnya Danish Hakim.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI