“Tak Nak Khayal Dengan Kesenangan Abah,”- Mahu Anak Jadi ‘Orang’, Aliff Syukri Tidak Mahu Bergantung Pada Maid

Share

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Itulah pepatah yang sesuai digambarkan buat anak usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah.

Video yang dimuat naik Aliff memaparkan cara dia mendidik Qadejah atau nama penuhnya Nur Shahida Qadejah El-Zahra untuk membersihkan sinki selepas didapati bermain permainan jenis liat yang dikenali sebagai slime

.

“Anak korang suka main ni gak kee?? kotor satu rumah main benda hantu ni..hargai kerja pembantu rumah nak siapkan ces nak kesokolah… .

“Maafkan abah ya cess @qadejah_terlajaklaris abah nak ces jadi wanita sempurna …pandai basuh baju, pandai kemas rumah, abah harap sebab nak anak2 abah membesar mcm anak orang lain…x nak khayal dgn kesenangan yg abah beri..

“Apa yg abah lalui dulu abah praktikkan bila besar boleh buat mcm2 benda sblum abah sampai ketahap ni..

“Sebenarnya saya x nak anak saya terlalu selesa hidup bergantung dgn maid semua senang bangun pagi siap sedia…saya ajar mereka berkebun,buat kerja mcm2 sebagai asas hidup…benda2 mcm ni x boleh dapat dari buku dan tgk tv…ni asas hidup..

“Sementara ada rezeki saya senang mereka tumpang senang,esok2 Allah uji dgn dugaan kewanhan sekurannya mereka tahu buat benda lain utk meneruskan kelangsungan hidup,” tulis Aliff.

Aliff yang dilihat tegas dalam mendidik anak-anak terutama sekali faktor kebersihan.

Sehingga kini, vide tersebut telah mendapat 600,000 tontonan dan meraih ratusan komen netizen.

Video : Instagram Aliff Syukri

Published by
Amynur Akmal