Pelakon baru, Oktovia Manrose tampil membuat permohonan maaf kepada Bella Astillah di ruangan Insta Stories berhubung kontroversi bersama suaminya, penyanyi, Aliff Aziz, awal malam tadi.
Permohonan maaf itu dibuat Oktovia kerana tidak mahu menegakkan benang yang basah kerana apa yang dilakukannya, benar-benar salah.
Malah, akibat rasa kesal dengan kenyataannya sebelum ini, Oktovia mengakui kesilapan itu datang daripada dirinya sendiri.
“Today was a big day for me. Hari bersejarah saya, tak pernah terfikir dan plan semua ni berlaku. Tapi it happen, saya sedar ini kekhilafan dari diri saya. Saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap.
“To @bellaastillah I tak nak menegakkan benang yang basah. I nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku. Dan apa yang dah berlaku memang sangat-sangat salah.
“I admit it, I tak patut keluar dengan suami orang. I tak patut keluarkan statement apa-apa pun sebab dah terang-terang I yang salah.
“Kenapa tadi I jawab macam tu is because I terkejut dengan all harsh words dari netizen sampai buat I melantun, its really hurting me but I deserve it,” kongsinya.
Pada masa sama, Oktovia turut menjelaskan dia juga tidak sepatutnya campur urusan rumah tangga pasangan selebriti itu.
“I shouldn’t say that. I tak patut masuk campur urusan you dengan husband you, I tak patut nak cerita fasal hal rumah tangga you.
“I hope that you and Aliff boleh settle dengan cara elok. Baik-baik bincang. I doakan terbaik untuk you dan keluarga. Amin. InshaAllah,” kongsi Oktovia panjang lebar.
Kecoh semalam apabila, nama Oktovia mulai menjadi perhatian apabila isteri Aliff, Bella Astillah mendedahkan pelakon tersebut didakwa ke kelab malam bersama.
Kontroversi Aliff melibatkan rakan pelakon bukan hal baru kerana sebelum ini, dia turut didapati ke sebuah pusat karaoke bersama pelakon muda, Afifah Nasir pada Julai 2017, hingga menyebabkan kedua pihak tampil melalukan sidang media.
Foto: Instagram Oktovia Manrose, Aliff Aziz