“Tak Nak Ulas Panjang Sebab Isu Ini Terlalu Peribadi, Bimbang Timbul Fitnah,” – Nadia Brian

Share

Pelakon Nadia Brian tidak mahu mengulas panjang selain enggan membuka aib mana-mana pihak berhubung masalah rumah tangganya dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin.

Bintang ini pada masa sama turut memohon supaya semua pihak mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan yang baru dibina tidak sampai setahun itu.

“Saya mohon doakan yang baik-baik buat kami. Saya tidak suka berkongsi hal peribadi di media sosial. Apa yang Muizz nak cakap, tak apalah.

“Kami berkahwin belum sampai setahun dan proses kami kenal pun tak lama seperti pasangan lain.

“Ibu saya juga ada pesan supaya tidak mengaibkan sesiapa. Saya tak nak ulas panjang sebab isu ini terlalu peribadi, bimbang timbul fitnah,” katanya seprti yang dipetik Harian Metro.

Menurutnya lagi, masalah rumah tangga mereka bukan isu penting yang perlu diberi perhatian, sebaliknya fokus harus diberikan kepada peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ketika ini.

“Isu babitkan saya ini hanyalah masalah kecil, namun apa yang lebih penting adalah isu-isu dunia yang berlaku ketika ini.

“Sekarang ini masalah yang paling membimbangkan kita adalah kes positif Covid-19 yang semakin meningkat.

“Saya mohon kita semua untuk menjaga penjarakan fizikal dan cuba hentikan penyebaran virus ini,” katanya.

Foto: Instagram Nadia Brian

Published by
MH