Pempengaruh media sosial, King Coco mendedahkan dia lebih berminat untuk mendekati lelaki yang biasa seadanya, selepas mengesahkan dirinya kini menjalani kehidupan sebagai wanita solo baru-baru ini.
Menerusi Insta Stories pada Isnin, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail mengakui dia juga kalau boleh tidak mahukan lelaki berstatus Dato atau Tan Sri.
“Coco nk bf mcm mna?” Yang bukan dato. Bukan tan sri. Tak nk yg kaya Biasa2 je. Handsome ok lahhh. Tak nk handsome sgt
“Sedap2 mata ai lihat ok dh. Yg penting Harus wajib GENTLEMAN!!!,” tulisnya.
Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu membuat pengakuan sudah pun berpisah dengan bekas suami, Azrin Anas Abdul Shukor.
Malah Coco turut mengakui sudah melepasi tempoh idah bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai tarikh penceraian.
Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2017 sebelum memilih membawa haluan masing-masing.
Foto: Instagram King Coco
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cukup-Cukuplah Tipu Orang,” – Nama & Gambar Diperguna Sendiket Pelaburan Haram, Danial Zaini Tekad Report Polis!
Pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini meluahkan rasa kecewa selepas mendedahkan namanya didakwa telah disalah gunakan sendiket pelaburan wang haram untuk cuba memperdaya orang ramai.
Menurut Danial, dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana skim pelaburan atau saham seperti yang digembar-gemburkan oleh segelintir pihak di platform media sosial.
“Ada pihak yang menggunakan gambar saya tanpa kebenaran dengan membuat iklan saham pelaburan. Saya ingin tegaskan saya tidak terlibat dengan mana-mana pelaburan atau saham.
“Kepada pihak yang mengunakan gambar saya diminta delete gambar tersebut dalam masa 24jam dan laporan polis akan dibuat oleh saya dalam masa terdekat,” tulisnya.
Terbaru, menerusi sebuah posting yang dimuat naik pada petang Selasa, penyampai radio Era itu memberi tahu, dia telah pun membuat laporan polis berhubung isu berkenaan di Balai Polis, Shah Alam.
Jelas Danial lagi, individu berkenaan bukan sahaja telah menggunakan nama dan gambarnya, malah logo Bank Negara juga telah digunakan bagi mengaburi mata orang ramai.
“Hari ini saya bersama manager saya dan atas nasihat lawyer saya membuat satu laporan polis di Balai Polis Shah Alam bekenaan pengunaan gambar saya berserta logo Bank Negara dalam satu penipuan pelaburan yg diIklankan di sosial media.
“Saya harap pihak yang bertanggungjawab dalam menyebarkan penipuan ni dapat ditangkap dengan segera. Cukup-cukuplah tipu orang,” kongsinya lagi.
Malah, Danial juga turut berharap agar si pelaku bakal mendapat hukuman yang setimpal.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyifatkan tindakkan yang diambil oleh Danial itu adalah wajar selain turut menasihati pelawak tersebut agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Terdahulu, sendiket penipuan wang haram ini dikatakan telah memuat naik gambar Danial bersama kereta barunya kononnya mendakwa kejayaan tersebut banyak berpunca daripada aktividi-aktiviti pelaburannya sebelum ini.
Sumber: Instagram Danial Zaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setiap Manusia Ada Had,” – Ayie Floor 88 Perjelas Fasal Pitam Atas Pentas, Nafi Gimik Semata
Menjelaskan setiap manusia punya batas dalam kehidupan, dan dirinya tidak terkecuali.
Jadual persembahan yang terlalu padat dan kekurangan rehat menjadi punca dirinya pitam sewaktu melakukan persembahan tempoh hari.
Kata vokalis Floor 88, Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 23, sebelum kejadian, suaranya mula serak, namun dia tetap memaksa diri untuk membuat persembahan namun tetap tewas sewaktu menyampaikan lagu kedua.
“Alhamdullilah kesihatan sekarang semakin pulih kecuali tekak yang masih lagi sakit.
“Sewaktu konsert, kepala saya sakit secara tiba-tiba dan suara menjadi serak namun saya tetap paksa diri. Kami sepatutnya menyanyikan empat buah lagu, sewaktu lagu Zalikha, suara saya sudah semakin hilang.
“Bila tiba lagu Aqilah. Saya paksa diri sehingga tiba satu tahap kepala berdenyut, pandangan menjadi hitam dan saya pitam. Setiap manusia ada had dia dan itulah yang terjadi kepada saya.
“Saya masih sedar waktu tu cuma berat nak bangun,” jelasnya ketika ditemui pada Era Digital Muzik Awards (EDMA) 2019.
Meletakkan tanggungjawab sebagai fokus utama, jelasnya, jadual yang terlalu padat tiada masalah buatnya, cuma beberapa faktor menyebabkan kondisi kesihatan semakin teruk.
“Malam tu saya rasa seperti boleh lakukannya, namun walaupun saya paksa diri, memang saya tidak mampu. Pihak pengurusan ada perancangan untuk membawa saya berjumpa doktor pakar bagi rawatan selanjutnya.
Ayie turut menafikan apa yang berlaku ialah gimik semata-mata.
“Majlis itu ialah majlis Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Dipertuan Besar, jadi mana mungkin kami membuat gimik pada majlis begitu. Ada protokol yang harus dipatuhi.
“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada yang katakan begitu,” jelasnya.
Terdahulu, Ayie mengejutkan peminat apabila rebah ketika membuat persembahan di Konsert Gempak Negeri.fm sempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Syeriv Pun Dah Teruja, Selalu Cium Perut Saya,” – Belum Rezeki Timang Anak Ke-3, Syatilla Melvin Dedah Keguguran Selepas 8 Minggu
Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi khabar duka apabila mendedahkan dia baharu sahaja mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.
Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia dimaklumkan mengenai perkara tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik pada Selasa.
“Sebenarnya saya baru tahu pregnant… tapi tak ada rezeki untuk anak ketiga. Ikutkan kandungan saya sudah mencecah lapan minggu tapi semalam, doktor sahkan yang kandungan saya terbantut… tak berkembang.
“Sepatutnya semalam saya buat pemeriksaan untuk degupan jantung tapi tak ada dan doktor pun kata saiz tak membesar mengikut perkembangan kandungan,” katanya kepada MH.
Isteri kepada aktor Shahiezy Sam itu ditemui ketika majlis pelancaran LB Creuset X Syatillah Melvin Nasi Daging Telentang, di Eastin Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam pada itu, bekas bintang kelahiran Dewi Remaja 2009/10 ini turut mengakui dirinya berasa agak sedih memandangkan dia dan suami sudah pun bersedia untuk menimang anak ketiga namun menganggap ia bukan rezekinya lagi.
Malah, Syatilla yang juga usahawan berjaya mendedahkan dia pernah dua kali mengalami keguguran sebelum melahirkan anak pertama dan kedua.
“Memang la sedih sebab saya pun dah bersedia untuk anak ketiga… tapi saya reda, tak ada rezeki untuk saya dan Sam. Bila doktor beritahu semalam, Sam terdiam sekejap. Tapi dia terima dengan hati terbuka. Syeriv pun dah teruja dan selalu cium perut saya.
“Sebenarnya, ini merupakan kali ketiga saya alami keguguran. Kali pertama, sebelum Syeriv dan kedua… sebelum Sarima. Buat masa sekarang, saya harap janin akan gugur sendiri… kalau tidak, saya akan lalui proses mencuci rahim,” ujarnya.
Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama Sam pada tanggal 8 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia 3 Tahun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI