“Tak Nak Yang Kaya, Biasa-Biasa Je,” – King Coco Senaraikan 5 Kriteria Lelaki Idaman, Yang Penting Wajib Gentleman!

Share

Pempengaruh media sosial, King Coco mendedahkan dia lebih berminat untuk mendekati lelaki yang biasa seadanya, selepas mengesahkan dirinya kini menjalani kehidupan sebagai wanita solo baru-baru ini.

Menerusi Insta Stories pada Isnin, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail mengakui dia juga kalau boleh tidak mahukan lelaki berstatus Dato atau Tan Sri.

“Coco nk bf mcm mna?” Yang bukan dato. Bukan tan sri. Tak nk yg kaya Biasa2 je. Handsome ok lahhh. Tak nk handsome sgt

“Sedap2 mata ai lihat ok dh. Yg penting Harus wajib  GENTLEMAN!!!,” tulisnya.

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu membuat pengakuan sudah pun berpisah dengan bekas suami, Azrin Anas Abdul Shukor.

Malah Coco turut mengakui sudah melepasi tempoh idah bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai tarikh penceraian.

Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2017 sebelum memilih membawa haluan masing-masing.

Foto: Instagram King Coco

Published by
MH