Jika minggu lepas peserta program Big Stage, Ariff Bahran dikejutkan dengan gimik penyingkiran, minggu ini pula namanya kembali panas apabila dia dilihat mempersoalkan kehebatan Tomok semasa menganggotai kumpulan New Boyz.
Kenyataan tersebut dibuat ketika tayangan VT sebelum Bahran naik ke pentas untuk mempersembahkan lagu Sejarah Mungkin Berulang.
Kenyataan Bahran itu nyata mengundang kemarahan segelintir pihak yang mendakwa Bahran seolah-olah tidak menghormati penyanyi asal lagu tersebut.
“Tak faham kenapa orang minat Tomok” – Ariff Bahran, 2018. Dik, kau baru start nyanyi dik. Tomok dulu lagi sedap dari kau kot. So rude! #bigstage
— ♕ TourMin (@AiminSimba) August 12, 2018
Seorang pengguna Twitter menyifatkan tindakkan Bahran itu seperti biadap serta menganggap Tomok merupakan penyanyi yang lebih bagus daripada Bahran terutama ketika zaman mudanya bersama New Boyz.
Kenyataan tersebut turut disokong pengguna Twitter yang lain.
Kepada ariff bahran, kau tak boleh brain, sebab kau tak famous lagi. Jaga sikit attitude adik oi, kalau kata zaman tomok ada social media, international tak lari dia tu. #Bigstage
— ASBO (@afi_othman) August 12, 2018
Pada malam tersebut, Big Stage turut menampilkan Tomok sebagai juri jemputan, bergandingan bersama juri tetap Faizal Tahir serta Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bagaimanapun, Ariff ada memberitahu pada ketika lagu Sejarah Mungkin Berulang popular, dia baru berusia setahun. Pastinya, penyanyi muda tersebut tidak mempunyai apa-apa maksud lain.
Video/Foto: Youtube & Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI