Siapa yang tak mengenali dengan pelakon dan usahawan Rozita Che Wan atau sinonim dipanggil Che Ta yang sentiasa tampil jelita dan bergaya, kan?

Baru-baru ini, Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu ada berkongsi naik beberapa keping foto dirinya buat peminat di laman sosial.

“Salam aidiladha .#rozitachewan #rcw #cheta #aidiladha2019 #kualalumpur,” tulisnya.

Menerusi foto tersebut, kelihatan wajah pelakon berusia 46 tahun itu hanya mengenakan solekan tipis dan tidak memakai bulu mata palsu seperti kebiasaannya.

Lalu, perkongsian pelakon Kiah Pekasam itu mendapat perhatian daripada peminat.

Malah, peminat turut memuji wajah Che Ta yang kelihatan lebih cantik jika tidak bersolek dan mempunyai kecantikan semulajadi.

Jarang-jarang sekali Che Ta berkongsi foto wajah dirinya tanpa bersolek bersama peminat dan ternyata Che Ta memang cantic semulajadi. Betul tak?

Foto : Instagram Rozita Che Wan

Apa Kata Anda