Baru-baru ini, pelakon Jasmine Suraya Chin telah menghadiri sebuah majlis makan malam yang berlangsung sekitar Kuala Lumpur.
Aktres jelita itu turut berkongsi momen tersebut menerusi akaun media sosial Instagram miliknya.
Malah, bintang berusia 30 tahun ini tampil dengan mengenakan persalinan yang memperlihatkan bahagian lurah pada bahagian dada.
View this post on InstagramDengan geng2 #MostGlam2019 😍😍😍😍
A post shared by Jasmine Suraya (@jasmine_suraya) on
Lantas, perkongsian bintang kelahiran Kuching, Sarawak ini telah menjadi perhatian netizen.
Malah, rata-ratanya mempersoalkan fesyen yang dipakai oleh Jasmine yang didakwa seksi itu.
Untuk rekod, Jasmine dilahirkan pada 10 November 1989 di Kuching, Sarawak dan merupakan seorang anak tunggal.
Foto: Instagram Jasmine Suraya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sudah ‘Settle’ Kursus Kahwin, Syafiq Kyle Sah Bakal Kahwini Mimi Lana Tahun Ini
Pelakon Syafiq Kyle berkongsi berita gembira apabila dia dan kekasih yang juga aktres, Mimi Lana bakal menamatkan zaman bujang tahun ini.
Bagaimanapun Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, berkata, tarikh hari bahagia itu belum boleh dikongsikan susulan persiapan yang masih lagi berjalan.
“Alhamdulilllah, satu persatu langkah kita sudah lakukan. ‘Menangis’ banyak juga berhabis, tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita.
“InsyaAllah, mungkin dalam tahun ini juga. Cuma saya tak berani untuk sebut tarikh tertentu kerana ia bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.
“Memandangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan daripada kedua-dua belah pihak. Tapi insyaAllah, tahun inilah,” katanya kepada MH.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pra-Pelancaran & Siang Media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur, hari ini.
Bakal menjual jenama Kurta sendiri sepanjang festival yang bakal berlangsung pada 14 hingga 17 April depan itu, bintang drama Nur ini teruja bakal bergelar raja sehari.
“Soal persiapan, buat masa ini saya selesaikan perkara wajib terlebih dulu. Satu demi satu. Kursus kahwin, kalau belum (kahwin) pun kita memang perlu hadiri.
“Saya sudah ‘settle’ itu semua, hal yang wajib macam pendaftaran yang perlu kita tengok sama ada sesuai dengan masa dan sebagainya. Sebab itu tak boleh berikan tarikh, ia boleh berubah,” katanya lagi.
Ditanya mengenai persiapan temannya pula, Syafiq memaklumkan setakat ini semuanya berjalan lancar.
“Apa yang saya lihat, biasalah perempuan akan lebih terperinci soal persiapannya. Dia lebih kepada hal yang cantik-cantik, baju, pemilihan kain dan sebagainya.
“InsyaAllah, semoga urusan kami dipermudahkan. Mohon doa yang baik-baik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Ingat Boleh Kaya Tanpa Allah, Kau Sebenarnya Miskin,” – Nasihat ‘Makan Dalam’ Ariff Bahran Buat Ramai Tersentak
Penyanyi dan pelakon Ariff Bahran menitipkan nasihat ‘makan dalam’ buat seluruh umat Islam yang ingin mengejar kejayaan tetapi meninggalkan perintah Allah SWT.
Menurut Ariff atau nama sebenarnya, Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, tiada guna seseorang itu bersusah payah demi mengejar harta dunia tetapi usaha ke jalan akhirat diabaikan.
“Dah tahu Islam tapi tak nak sembahyang, lepas tu nak kaya? Kamu berhenti sahajalah kerja. Buat apa kerja kalau tak solat.
“Saya bukan nak kata diri saya ni alim tapi bila korang lupakan Dia, macam mana nak berjaya. Tak guna berjaya tapi tak ingat tuhan,” katanya.
Video peringatan itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Juara Dusta itu menerusi sebuah hantaran di Tik Tok.
Katanya lagi, solat juga mampu untuk memberikan kita petunjuk untuk keluar daripada setiap masalah.
“Kau jahat, minum arak atau ambil dadah, solat adalah jalannya.
“Kalau kaya tapi tak ingat Allah, tunggu sahajalah balasan nanti. Tengoklah apa yang akan menimpa hidup kau selepas ini,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Ariff turut berharap agar semua pihak terhindar daripada diuji dengan kemewahan dunia dan rasa istidraj.
“Balasan terakhir yang Allah akan beri adalah Dia akan bagi segalanya di dunia ini. Tapi tinggulah di akhirat nanti macam mana?
“Saya bukannya alim tapi asas itu saya ada asas. Kalau anda ingat boleh kaya tanpa Allah, kau ni sebenarnya miskin dan papakedana. Kejayaan panggil kita lima kali sehari,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih dengan nasihat tersebut selain turut menyatakan azam untuk sentiasa berubah untuk menjadi muslim yang lebih baik.
“Perkongsian yang ngam. Allah ada kuasa. Manusia tiada.
“Sebijik dia bagi ya. Baru tadi terdetik nak berubah jadi lebih baik. Sekali keluar video ni. Tersentak. Alhamdulillah, makin sedar. Terima kasih.
“Tahniah Adik. Influencer macam ni kita sokong.
“Ini baru betul nasihat. Sekarang ini, nasihat lembut-lembut ni payah,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 800,000 tontonan di Tik Tok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Ariff Bahrah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Baru Nak Kahwin,” – Neelofa ‘Terpaksa’ Batal Majlis? Dedah Sepatutnya Mulai Penggambaran Filem Di Indonesia Bulan Ini
Menjadi salah seorang tetamu menerusi segmen Johara Pagi Era baru-baru ini, Neelofa ada berkongsi cerita mengenai kehidupannya pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuki minggu ketiga penguatkuasaan.
Di samping itu, bekas pengacara rancangan MeleTOP antara lain turut berkongsi mengenai perancangan terkininya dalam melebarkan sayap seni di Indonesia.
Bagaimanapun, hal tersebut terpaksa ditunda ke tarikh lain atas situasi terkini yang melanda ketika ini.
“Sepatutnya bulan ini sudah mulai penggambaran filem, projek pertama saya.
“Selepas itu, rasanya ia tak akan terjadi dalam masa terdekat,” jelasnya.
Paling mencuri tumpuan, segmen yang dikenalikan Ray dan Haniff itu sempat bercerita mengenai majlis kahwin dan ia turut disambut usahawan asal Kelantan itu.
“Kan diaorang suruh cancel semua wedding semua event, i baru nak kahwin,” seloroh Neelofa selepas ditanya sama ada mahu kahwin atau sebaliknya.
“Neelofa @neelofa kata baru nak kahwin tapi kena cancel plan dia sebab #Covid19. Cantik Neelofa walaupun #dudukrumah, siap bersiap lagi nak video call dengan #JoHaRa.
“Korang tengok part last Johan cakap Itali tu, pecah wei #sharERA #kekaltenang #hapusCovid19,” tulis admin pada kapsyen IG TV yang dilampirkan pula.
View this post on InstagramA post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je) on
Pada masa sama, Neelofa turut merakamkan rasa teruja apabila program ‘Live IG’ kendaliannya, #BerseoranganBersama bakal disertai seorang pereka fesyen ternama dunia untuk berkongsi situasi serta perkembangan fesyen semasa tidak lama lagi.
Video: Instagram Era.je
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI