Setelah memutuskan untuk menetap bersama suami yang ketika ini sedang berkhidmat di bumi Australia, pengacara, Dayah Bakar sering kali berkongsi aktiviti-aktiviti hariannya buat tatapan para peminat.
Terbaru, Dayah ada memuat naik suasana pemandangan indah ketika sedang bersiar-siar bersama keluarga kecilnya di Weston Park, Canberra.
Menurut Dayah, suasana di taman tersebut kelihatan amat tenang dan pemandangan sekelilinya juga boleh diibaratkan seperti lukisan yang cantik.
“Assalamualaikum semua. Sharing with all of you a glimpse of Allah’s creation, dan hopefully buat korang rasa tenang dan a bit relax to start the day .
“Bila Dayah di sampai Weston Park, Dayah tak stop cakap “ Ya Allah cantiknyaaa, masha Allah subhanallah”. Looks like a painting but it’s real,”
Dikesempatan itu juga, bekas pengacara program, Borak Kopitiam ini turut menjelaskan mengapa dia sekeluarga sering kali dilihat tidak mengenakan topeng muka apabila melalukan aktiviti di luar.
Jelas Dayah, para penduduk di bandar Canberra sebenar sudah tidak perlu lagi untuk memakai topeng muka kerana kawasan tersebut sudah berbulan-bulan tiada kes melibat wabak Covid-19.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang anak ini turut memberi tahu, meski pun kes di sana sudah mencecah angka sifar, mereka tetap harus mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan negara tersebut.
“Anyway, Dayah dapat banyak sangat soalan tak perlu pakai mask ke dekat sini, tak ada covid ke? Let me answer once and for all ya. Dekat Canberra dah months tak ada case Covid.
“Tidak perlu pakai mask, but they still practise SOP seperti social distancing , sanitize tangan selalu. (walaupun 0 case , reminder is everywhere). I hope this explains!” jelasnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja selain turut berdoa semoga negara kita juga akan bebas daripada wabak Covid-19 tidak lama lagi.
Terdahulu, Dayah dan suaminya Kapten Muhammad Hanif telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Jun 2018.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Achbar Muhammad Fahri yang lahir pada 17 Ogos tahun lalu.
Sumber: Instagram Dayah Bakar