Sedar akan kepentingan mendidik anak adab sebagai tetamu, Yana Samsudin berkongsi pesanan yang dititip kepada anaknya, Aisy Mateen.
Tulis pelakon dan hos ini, di samping memberi peringatan, anak-anak juga harus dipuji apabila berjaya mengikut peraturan yang digariskan ibu bapa.
“Mak mak selalu buat macam ni kan sebelum datang rumah orang.
“Pesan siap siap… Jumpa orang lebih tua dari kita beri salam, salam, cakap selamat hari raya, orang bagi duit raya cakap terima kasih, orang bagi air minum dan makan duduk jangan lari lari, jangan pegang barang perhiasan orang.
“Bukan barang mainan kita jangan main , minta izin dulu kalau nak main,” tulisnya.
Yana bagaimanapun menjelaskan, foto yang dikongsi adalah ketika sesi melakukan ‘post-mortem’ bersama si anak.
“Tapi ni adalah sesi postmortem, puji apa yang dia dah buat tegur apa yang dia tak buat atau buat salah tadi. Itu je… @aisymateen Ok, cuma dia selalu pilih orang yang dia nak salam dan tak pandai ambik duit raya dari orang kalau ada orang bagi.. cakap slow slow nanti dak dak akan faham.
“Apa pesanan korang bila nak sampai ke rumah orang lain beraya? #MateenDanMommy #Tipsbolehgunapakai,” kongsi isteri pelakon Fadzil Zahari ini panjang lebar.
Sedar akan kepentingan mendidik anak-anak sedari kecil, netizen turut sama memberi cadangan bagi menambah baik cara didikan si kecil.
Dalam pada seronok beraya, jangan leka sehingga kedatangan kita jadi ‘bencana’ pula.
Foto : Instagram Yana Samsudin