Penyanyi dan pensyarah, Dr. Diddy Hirdi kurang bersetuju bila ada pihak yang melabelkan program pertandingan nyanyian yang diadakan khusus untuk artis-artis berpengalaman sebagai sesuatu yang memalukan.

Menurut Diddy, industri muzik ketika ini sudah jauh berubah dan para penggiat seni ini tidak boleh hanya bergantung dengan cara lama untuk terus kekal relavan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Diddy Hirdy (@diddyhirdy)

“Muzik industri sekarang tak sama macam zaman dulu. Zaman dulu, jadi juara carta radio, lagu hits, menang anugerah dah memadai. Zaman sekarang makin mencabar.

“Juara atau menang berkali-kali pun belum tentu perjalanan akan mudah jadi kena rebut peluang yang pelbagai sama ada di radio, TV dan media sosial.

“Trend peminat consume muzik zaman sekarang pun dah berubah selaras dengan pereradan zaman dan perkembangan teknologi,” tulisnya.

Perkata tersebut disuarakan sendiri oleh Diddy yang juga pensyarah di Universiti Utara Malaysia itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Ads

“Tak Pandai Menari, Lantai Pula Disalahkan,” – GV Memalukan Artis? Ini Pandangan Dr. Diddy Hirdi

Penyanyi Harus Berani Ambil Risiko

Katanya lagi, setiap cabaran sememangnya mempunyai risiko yang tersendiri lantas hanya mereka yang berani sahaja mampu melangkah ke hadapan.

“Anak seni zaman sekarang ini perlu bijak transform cabaran jadi peluang. Letak tepi sentimen memalukan. Semua pihak boleh jadi memalukan.

Ads

“Jadi juri atau penyanyi atau hos sesebuah rancangan nyanyian di televisyen boleh sahaja terdedah dengan risiko memalukan diri sendiri kalau ter ‘over’, performance teruk, atau buat perkara yang menjengkelkan,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, bekas bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-4 menyeru semua pihak untuk cuba beradaptasi dengan perkembangan industri terutamanya di zaman serba moden ini.

“Tak Pandai Menari, Lantai Pula Disalahkan,” – GV Memalukan Artis? Ini Pandangan Dr. Diddy Hirdi

Ads

“In my humble opinion, tak boleh salahkan mana-mana format rancangan TV (selagi ianya tak keterlaluan). Kena faham rentak showbiz terkini. Ibarat kalau tak pandai menari, lantai pula disalahkan.

“Dan tak semua lantai walaupun licin itu berbahaya kalau dah ada persiapan yang rapi untuk mengelakkan jatuh dan kecederaan. Ya memang ada risiko.

“Takpe kita lihat all the risk takers yang kedepan. Selamat maju jaya buat semua di Gegar Vaganza 11 ini terutama sekali buat rakan seperjuangan saya di UUM dulu Sheila Abdul dan Zehra Zambri,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Diddy Hirdi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI