Tak Patah Semangat & Bijak Cari Alternatif Lain, Ini Kisah Inspirasi Usahawan ‘Hero Bangkit’ Yang Melakar Jaya!

Share

Umum mengetahui, menguruskan apa sahaja jenis bisnes bukanlah sesuatu yang mudah tidak kiralah sama ada perniagaan itu berskala kecil ataupun besar.

Demi menjana keuntungan, anda bukan sahaja harus melaburkan wang ringgit tetapi masa dan kudrat juga amat ditagih bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19 nyata memberi kesan bukan sahaja buat syarikat ternama malah industri kecil dan sederhana turut menerima nasib yang sama.

Lebih parah apabila ada kebanyakkan syarikat terutamanya industri kecil dan sederhana (SME) terpaksa memberhentikan beberapa tenaga pekerja demi memastikan perniagaan terus berjalan malah ada juga yang terpaksa gulung tikar.

  1. Restoran tidak boleh beroperasi? Lakukan Segalanya Hanya di Rumah

Gara-gara penularan wabak COVID-19, kebanyakkan pengusaha restoran mengalami kerugian yang sangat teruk. Malah, gerai-gerai juga terpaksa ditutup sepanjang tempoh PKP ini.

Bagi Dylan Chong dan isteri, En Ci yang mengusahakan restoran makanan berasaskan sayur-sayuran dan Taiwanese Pancake yang diberi nama Kimo-Ge, mereka merupakan salah sebuah restoran yang terkesan akibat pendamik ini.

Oleh yang demikian, cara yang terbaik untuk mereka mengatasi masalah ini adalah dengan beralih kepada operasi atas talian.

“Kopitiam kami terpaksa ditutup akibat PKP. Kami tidak menjalankan sebarang perniagaan dan punca pendapatan kami juga terputus.  Bahan-bahan keperluan asas juga sukar untuk didapati dan jika ada sekalipun kosnya terlalu mahal.

“Bagaimanapun, saya telah memulakan semula perniagaan tetapi kali ini secara atas talian. Kami mula menerima pesanan lalu menyediakannya di dapur rumah kami. Saya juga memuat naik iklan di Facebook dan Instagram bagi menarik perhatian para pelanggan.

“Meski hasilnya tidaklah begitu menggalakkan, kami masih mempunyai pelanggan yang setia, rakan-rakan dan saudara mara yang menyokong kami sepanjang tempoh sukar itu,” kongsinya.

2. Letakkan 100% Kepercayaan Kepada Syarikat Pembekal

Jika sebelum ini, kita tidak bergantung harap kepada orang lain untuk mengembangkan bisnes kita, tetapi kali ini situasinya agak berbeza.

Akhirnya, anda juga terpaksa bergantung harap terhadap kepakaran yang dimiliki oleh orang luar. Sebagai contoh, buat pemilik syarikat Poppety Pot, Balqis, dia menyedari bahawa dia kini tidak lagi boleh memilih jenis-jenis tanaman yang ingin dijual.

“Saya biasanya memilih sendiri kesemua jenis tanaman yang saya ingin jual. Namun,sepanjang PKP, saya harus meletakkan ke semua kepercayaan kepada pembekal untuk memilih tanaman yang terbaik untuk saya niagakan.

“Sukar untuk saya mencari pasu bunga ketika ini kerana kebayakkannya saya beli sewaktu melancong ke luar negara. Saya tiada pilihan apabila terpaksa menjual tanaman tersebut didalam bubble wrap, kotak atau plastik hitam daripada nurseri. Saya bersyukur para pelanggan faham akan dituasi tersebut.

“Selalunya pelanggan akan datang ke rumah untuk membeli pokok, tetapi tempoh PKP ini talah memaksa saya untuk menggunakan servis perkhidmatan penghantaran. Ternyata perkara ini lagi memudahkan saya,” katanya.

3. Kuasa Media Sosial

Tahukah anda, media sosial mampu membangunkan atau menghancurkan seseorang. Sama seperti Radius Khorr yang memiliki perusahaan kedai kopi, Kee Nguyen, sosial media telah banyak membantunya.

Sepanjang tempoh PKP, perniagaan mereka harus bergantung harap kepada rakan servis penghantaran sama seperti servis makanan yang lain.

Bagaimapaun, permintaan terhadap kopi mereka naik mendadak selepas iklan promosinya viral di media sosial.

“Peningkatan mendadak selepas iklan kami tular. Selepas berkongsi kepayahan sebenar kami, seorang pelanggan setia setuju untuk berkongsi mengenai kisah kami. Kami sendiri tidak perasan yang kami sudah memiliki hampir 16,000 pengikut di Twitter selepas itu.

“Bagaimapun, individu tersebut tetap merahsiakan lokasi kafe kami kerana baginya kafe ini sangat istimewa. Malah dia juga risau sekiranya  kami tidak dapat memenuhi permintaan yang sangat tinggi.

“Dia mempromosikan kafe kami tanpa pengetahuan kami. Individu tersebut berkongsi perkara tersebut sudah lewat malam dan kami hanya menyedarinya pada keesokan harinya itu. Kafe kami akhirnya viral.

“Kami teruja dengan sambutan yang kami terima. Kebanyakkan dari mereka sudah pun menjadi pelanggan setia kami yang baru. Kami sangat bersyukur dan berterima kasih mengenai perkara ini.

Peraduan Hero Bangkit

Atas situasi semasa dunia yang berlaku ketika ini, tidak dinafikan ia menjadi antara detik sukar buat semua pihak, termasuklah para usahawan.

Cakna mengenai isu berkenaan, Tesco Malaysia tampil secara bersemangat memperkenalkan kempen serta peraduan ‘Hero Bangkit’ bersempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Ia khusus bagi membuka peluang buat usahawan untuk berkongsi cerita serta pengalaman mereka saat berdepan situasi sukar beberapa bulan lalu atas situasi semasa yang berlaku semenjak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.

Jadi, peraduan ini memberi peluang untuk membantu mempromosikan barangan jualan/servis mereka dengan lebih baik diplatform radio Era fm sekiranya dipilih sebagai pemenang kelak bersama-sama TESCO baucar bernilai RM5,000.

Jadi, anda boleh menyertai peraduan Hero Bangkit, dengan mengkuti beberapa syarat ini;

  1. Terbuka buat semua para usahawan yang sedang menghadapi cabaran atau terjejas ekonominya ketika wabak COVID-19.

2. Kongsikan latar belakang & kisah bisnes anda.

3. Ceritakan juga mengapa anda layak untuk ditemu duga oleh pihak Astro untuk   berpeluang memenangi baucar Tesco bernilai RM5,000

4. Sertakan video mengenai idea yang ingin anda bentangkan. (tidak wajib).

Peraduan ini akan bermula pada 6 Ogos dan berakhir pada 30 Ogos 2020. Manakala, sistem undian pula akan dibuka pada 31 Ogos dan tamat pada 4 September depan.

Nama pemenang bersama syarikat seliaannya akan diumumkan di program TV dan radio Astro bermula 7 September sehingga 13 September.

Nak tahu lebih? Layari www.herobangkit.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

Published by
Aizam Manaf