Walaupun pernah berhadapan detik paling ‘pahit’ dalam kerjaya seninya, namun ia tidak mematahkan semangat penyanyi Sissy Imann untuk terus melebarkan sayapnya dalam bidang tersebut.
Mengakui ada sedikit rasa penyesalan kerana menjual album sulungnya pada harga yang cukup rendah, yang tidak memberikan ‘keuntungan’ berbanding kos produksi namun Sissy menganggap semua perkara itu menjadikannya lebih matang dalam mendepani cabaran hidup sebagai anak seni.
“Sebenarnya saya sendiri yang buat keputusan untuk jual album itu pada harga RM20 selepas berasa terlalu kecewa dengan diri saya.
“Ia terlalu peribadi buat saya, saya tidak dapat kawal emosi. Memang saya nekad tak nak tengok album ini sebab itu saya jual supaya boleh bagi dekat orang.
“Sebenarnya, ada kejadian sebelum saya buat keputusan untuk jual RM20.
“Sebenarnya pada hari itu saya bangun tidur dan ada rasa kecewa. Saya keluar bilik nampak album ada atas meja.
Ads
“Saya tak tahu apa difikirkan, saya ambil dan campak album itu sampai terperosok bawah kerusi. Lepas itu saya terus menangis sepuas-puasnya.
“Pada ketika itu, saya upload untuk jual album itu pada harga RM20, mak dan ayah saya pun tahu benda itu lepas tengok posting saya di IG,” katanya kepada MH.
Sissy ditemui pada majlis pradengar album sulungnya, Sissy Imann yang berlangsung di kediamannya di Kajang, Selangor pada Khamis.
Berkongsi kos penerbitan album itu yang menjalani rakaman di studio popular, Abbey Road Studio di London, Sissy berkata ia mencecah lebih enam angka.
Ads
“Kos penerbitan album ini mencecah enam angka dan semuanya memang saya keluarkan duit sendiri sebab saya memang bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.
“Sebab itu, bila saya jual RM20, ada juga timbul rasa menyesal (ketawa) sebab memang dikira tidak balik modal pun, tapi tak mengapa.
“Lepas ini untuk cetakan kedua, mungkin saya akan jual pada harga yang lebih ‘reasonable’ dalam RM50.
“Setakat ini, sebanyak 1,000 unit album habis terjual pada cetakan pertama,” katanya.
Mengandungi sebanyak enam buah lagu, album sulung Sissy itu memperlihatkan bakatnya secara keseluruhan sebagai komposer serta penulis lirik selain dibantu AG Coco.
Lagu-lagu yang terkandung dalam album itu seperti Ribut, Balang Boneka, Berhentilah, Cinta Seadanya, Cinta Seadanya, Tersakiti dan sebuah lagu Inggeris, Ain’t Gonna Spoil My Day.
Terdahulu, Sissy memuat naik menyatakan enggan mengadakan sebarang majlis pelancaran album sulungnya gara-gara terkesan dengan komen kasar yang dilemparkan juri program Famili Duo, Mas Idayu terhadap persembahannya pada konsert mingguan rancangan itu, dua minggu lalu.
Disebabkan terlalu kecewa, Sissy kemudian memuat naik di laman Instagramnya ingin menjual ‘buah tangan’ sulungnya itu pada harga yang cukup rendah iaitu RM20 seunit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin memaklumkan dia kini mahu lebih peka seterusnya memasang niat untuk menutup aurat secara lebih sempurna.
Dua hari lalu, penyanyi kelahiran Pulau Pinang ini telah membaca ayat surah An-Nur dan berkongsi tafsiran surah tersebut bersama pengikutnya.
“Insya Allah, doakan saya istigomah dengan penampilan terbaru saya. Dua hari lepas, habiskan 𝗝𝘂𝘇𝘂𝗸 𝟭𝟴 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝟮𝟰 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗻-𝗡𝘂𝗿, Ayat 31. Baca Tafsir, rasa sehingga ke hati dan naluri, tentang 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 beritahu 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗱𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗮𝘂𝗿𝗮𝘁.
“𝗔𝗹lah berfirman : Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.
“𝗗𝗮𝗻 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗶𝗻 𝗸𝘂𝗱𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝘂𝗯𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮h, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.,” kongsi Mila.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini memberitahu telah menerima hidayah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna selepas membaca surah tersebut.
Di samping itu, penyanyi lagu Persis Mutiara ini memohon peminat mendoakan agar dia kekal istiqomah dalam mencari kerehdaan dari Allah S.W.T.
“Masya Allah, rupa rupanya selama ini ustaz, ustazah pesan memang benar benar ada dalam Al-Quran, Allah dah pesan… Rasa keinsafan yang menebal didalam hati tertusuk kedalam, rasa malu dengan 𝗔𝗹𝗹𝗮h.
“Alhamdulillah, ramadan tahun ini Allah beri hidayah untuk saya. Moga saya dapat istiqomah menutup aurat dengan sempurna dan menjaga aurat sebaiknya.
“Saya juga mendoakan sahabat sahabat saya di Instagram, ayuh kita sama sama perbaiki diri kita, perlahan perlahan ke arah kebaikkan, tutup aurat dan perlahan perlahan sempurnakannya.
“Bak kata suami saya, kita tak tau, mungkin ini hari terakhir kita diberi nafas dimuka bumi Allah. Maafkan saya jika ada salah dan silap #Ramadan #Lillahitaala,” tulisnya panjang lebar.
Awal dalam pada itu telah memuat naik foto beserta kapsyen sinis.
“Sorry la kening dengan misai dan janggut I tetap melayu.” tulisnya.
“It took me two days, and 7 times bleaching to achieved this look. Not even a single drop of hair dye was involved in the process. So it’s solat-able. Major love,” tulis Awal.
Susulan itu, netizen telah memberikan komen yang positif terhadap perubahan warna rambut Awal.
Namun, ada juga yang memberikan teguran kepada Awal yang dianggap tidak sesuai dengan status sebagai seorang suami dan bapa.
Terdahulu, Awal pernah dikaitkan dengaan isu ‘panas’ apabila dia menggayakan barangan jenama tiruan (kasut dan T-shirt) yang mempunyai banyak perbezaan dengan kualiti yang asli.
Foto : Instagram Awal Ashaari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Hairul Azreen ada memuat naik sepotong rakaman video ketika melakukan demo mempertahan diri bersama isterinya yang juga pelakon, Hanis Zalikha.
Pemilik nama lengkap Hairul Izreen Idris telah berkongsi paparan video tersebut menerusi Instagram miliknya.
“Saya dengar awak ada pelbagai nama! @haniszalikha,” tulis Hairul Azreen ringkas.
Lantas, perkongsian bapa kepada dua orang cahaya mata itu telah menjadi perhatian wargamaya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan kagum melihat aksi pasangan selebriti popular itu.
“Ghisauuuu… Dok silat2 kang , tau² lagi 9 bulan terus Alisya dapat Adik,” tulis seorang wargamaya.
“Unexpected last last tu eh aish mesti ada sambungan ni part 2,” tulis peminat yang lain.
“HAHAHAHAH terkejut plot twist well donee @hairulazreen,” komen netizen yang lain.
Sehingga, rakaman video tersebut telah meraih lebih 500,000 tontonan di Instagram.
Sekadar informasi, Hanis atau lengkapnya Hanis Zalikha Zainal Rashid telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 5 dan Alisa Aisyah, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hairul Azreen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!