Semalam menerusi ruang status usahawan wanita, Joy Revfa di akaun Facebook, dia telah meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila Mahkamah telah mengesahkan bahawa dia dengan bekas suami sebenarnya telah sah bercerai pada dua tahun yang lalu.
Panjang lebar luahan hati Joy, bukan sahaja berbiacara tentang status penceraian bersama bekas suami malah banyak lagi termasuk isu ‘dalam kain’.
Rentetan daripada perkongsian luahan rasa hari Joy itu, kami di MH Online cuba mendapatkan komen daripada penyanyi lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun tentang kenyataan yang Joy luahkan itu.
Menurut Hafiz, Joy tidak sepatutnya meraikan kemenangan apabila pihak mahkamah mengesahkan yang dia dan bekas suami sudah sah bercerai dua tahun yang lalu.
Baca juga: Joy Revfa Akui Pernah Melakukan Hubungan Intim Dengan Hafiz Hamidun
“Dia tak patut meraikan ‘kemenangan’ apabilo hakim putuskan cerai dia pada 2015 dengan bekas suami dia sah.
“Itu yang sepatutnya dia buat dua tahun dulu, bukan hari ini sampai menyusahkan orang lain. Bila orang cakap dari dulu tak nak dengar,” katanya.
Hafiz juga turut berkata, Joy telah memusing cerita dan berbohong tentang mereka pernah melakukan hubungan intim bersama.
“Dah sampai masuk mahkamah, pusing cerita. Menipu pernah bersama. Padahal tak pernah bersama pun.
“Dan statement itu dia sendiri yang masukkan dalam fail mahkamah,” ujarnya kepada MH Online.
Penyanyi ini juga turut memohon pada Joy supaya menghentikan segala permainan kotor ini.
“Sila hentikan permainan kotor tu. Tak payah berdrama nak meraih simpati,” tegasnya lagi.
Kata-kata akhir Hafiz kepada kami adalah dia meminta untuk Joy berhenti memfitnah dirinya.
“Tolong hentikan fitnah-fitnah dia pada saya dan saya cuma nak katakan, ‘You are in huge trouble’,” ujarnya lagi.
Hafiz turut berkata lagi, dia tidak akan memberi komen lanjut tentang hal ini kerana dia sudah melantik peguam dan sebarang kenyataan hanya di mahkamah sahaja.