Isteri penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim berkongsi foto terbaru anaknya, Nur Amna Quxandra, yang kini semakin membesar dengan sihat.
Pada masa sama, si ibu turut memohon agar peminat menjaga kata-kata setiap kali bertemu dan sebolehnya tidak kaitkan dengan soalan bersifat sensitif.
“Hi aunties & unclesss. Ye, sy la BABY XANDRA yg klef tu. Alhamdulillah sy membesar dgn sihat dan ceria.
“Cuma, klo aunty uncle jumpa sy depan2, tak payah la ckp “ini la anak Lan yg SUMBING tu kan?”
“Sbb sy br nk masuk 2 tahun hujung bulan nie. Jadi, sy sdiri tak tau apa jadi kt saya,” luahnya.
Jelas Sheila lagi, mungkin ada yang beranggapan ia sekadar soalan biasa, namun bagi dirinya, dia hanya mahu kesemua permata hati membesar seperti kanak-kanak lain.
“Mungkin bg aunty uncle tu soalan biasa, tp bg sy yg makin membesar ni. sy kene bersedia dgn sekeliling sy.
“Its okay utk bertanya tapi harap2 aunty uncle bertanya pada tmpt yg sesuai & kene pada masa.
“Im still young dear uncle aunty.. izinkan sy membesar sama mcm anak aunty & uncle ye. Love – XANDRA,” tulis Sheila panjang lebar.
Terdahulu suaminya Lan Solo, bersyukur keadaan anaknya, Nur Amna Quxandra, semakin baik selepas menjalani pembedahan membetulkan bibir sumbing pada 31 Mei tahun lalu.
Bagaimanapun Xandra perlu dipantau sehingga berusia 18 tahun berikutan proses tumbesaran kerana bimbang akan timbul kesan rekahan di lelangit kanak-kanak berkenaan.
Foto : Instagram Sheila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Eat Well, Kurangkan Makan Cili, Nanti Menggelupur,” – Zul Ariffin Pesan Jaga Kesihatan, Tapi Fans Ada Komen ‘Deep’
Satu ciapan di laman Twitter milik aktor Zul Ariffin menarik perhatian netizen, sejak dikongsikan kurang 24 jam lalu.
Di dalam ciapan tersebut, Zul meninggalkan pesanan umum mengingatkan semua agar jaga makan demi kesihatan.
“Salam, semoga hari yang baik untuk semua.
“Jaga makan dan kurangkan makan cili (emoji lada) nanti menggelupur. Minum air banyak air ok, baik untuk kesihatan,” tulis Zul.
Menyambut baik pesanan yang dibuat bintang filem Sangkar itu, bagaimanapun ada netizen berpendapat ia seolah-olah sindiran meski ia tidak dijelaskan secara terperinci.
“Deep sgt advice ni. Stay strong boss! And take care of your health too,” komen seorang pengguna Twitter.
“Deep,” komen ringkas peminat.
“Pedasss,” tulis peminat.
Namun, rata-rata dilihat memberikan titipan kata positif buatnya.
“Just be who you are boss. May Allah ease everything and grant you success and happiness always,” komen peminat.
“Good advice. Stay strong and take care,” reaksi peminat lainnya.
“Mantap boss harinie. Stay strong, stay healthy,” antara komen tertera.
Terdahulu, Zul didenda RM30,000 Selasa lalu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial pada Mac lalu.
Pendakwaan terhadap aktor itu dijalankan mengikut Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut Zul dia reda menerima hukuman dan enggan memanjangkan isu ini kerana tidak mahu membuang masa ramai pihak selain meminta para pelakon mengambil iktibar di atas perkara yang melibatkan dirinya itu.
“Kita tak payah nak bercakap pasal kebenaran, orang pun tahu sebab semua orang tengok.
“Tak mengapa… tiada tindakan lagi dari saya sebab lain yang terbabit semua malaikat, saya seorang sahaja tidak.
“Kita semua buat silap, sekurang-kurangnya ini akan menjadi pengajaran kepada orang dan pelakon di luar sana. Jadi kalau disuruh ‘post’ tu jangan akur sangat.
“Kalau disuruh sampai beria-ria untuk ‘bakar’ dan tujuan promosi berhati-hati jadikan saya sebagai contoh,” kata Zul dalam satu temubual media.
Pada Mac lalu, perkongsian video Zul mempromosikan drama Perempuan Itu di laman Instagram miliknya mengundang pelbagai reaksi netizen.
Video memaparkan aksi Zul mendukung aktres baharu, Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] Erra Fazira Kongsi Gelagat Saat Buat Voice Over, Tiba-Tiba Ramai Pula Artis Mahu Belajar Darinya Sebab…
Menerusi entri terkini primadona Erra Fazira, bintang ini telah berkongsi satu video bersama peminatnya di akaun Instagram.
Dapat dilihat, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek sedang membuat rakaman suara untuk satu iklan projek jenama tudung, lengkap dengan gerak-geri tangan bagi menyampaikan ekspresi.
“Walau hanya suara yg nak dirakam.. tapi feel kena inject.. so pelbagai gaya berlaku dlm studio.. tak kira nyanyi, dubbing or voice over… within 30secs kena cover all points.. perghh berbelit jugak laaa lidah! sikit lagi suara doremon saya nak keluar.”
“Ini baru manja2.. kalau ala2 bergaduh, atau meraung atau menangis.. mmg bagai nak rak jugak aksi nya.. kita lak sejenis feel terlebih,” tulisnya.
Pada masa sama, Erra turut menjelaskan hal sama turut dilakukan meski untuk babak aksi.
“Walau sorang2 dlm studio tapi kalau buat action, lebam2 jugak la badan. Acanner tu?? .”
“Anyway, done VO for @sofearose_hq .Thank you to our brother @hafizhamidun .. dengan awak.. kerja jadi mudah .@SOFEAROSE_HQ .#SOFEAROSEXPRIMADONNA,” tulisnya panjang lebar
View this post on InstagramA post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
Kongsi pelakon yang berusia 45 tahun itu lagi, dia sudah lama tidak membuat rakaman suara untuk sebarang iklan.
Dalam pada itu, perkongsian pelakon yang pernah membintangi dalam filem Pasrah telah mendapat perhatian dan pujian daripada rakan artis.
Di samping itu, ramai rakan artis yang mahu belajar membuat rakaman suara untuk iklan daripada bintang yang terkenal dengan lagu Jendela Hati itu.
View this post on InstagramA post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
View this post on InstagramA post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
Video : Instagram Erra Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Untuk Seorang Wanita Bertahan Selama 11 tahun…,” – Avaa Vanja Berkongsi Cerita Rumah Tangganya, Akui Perceraian Tak Mudah
Pelakon Avaa Vanja tidak menafikan perceraian menjadi jalan terbaik buat dirinya meski mendedahkan proses yang perlu dilalui adalah bukan satu hal yang mudah.
Menurut Avaa atau nama sebenarnya, Avaa Vanja Mohamad Ramli, situasi menjadi lebih sukar di dalam perkahwinan apabila tiadanya persefahaman dengan pasangan.
“Bagi saya soal perceraian bukanlah satu proses yang mudah. Terutamanya bila kita (suami isteri) tiada persefahaman. Jadi sebab itulah kita perlu bawanya ke tengah. Akan tetapi saya percaya ada yang boleh sediakan peguam sementara sebelah pihak lagi tidak berkemampuan.
“Malah saya sendiri pernah berjumpa dengan mereka yang alami situasi sama, dia tak ada duit untuk sediakan peguam. Akan tetapi sekiranya kita melihat kepada bukti-bukti yang ada, ia kukuh dan mungkin akan menyebelahinya. Disebabkan tiada peguam, dia pula yang teranaiya.
“Untuk kes saya, saya bersyukur kerana kita tahu mengenai hukum hakam Islam. Bagi pihak saya, tidak mengapa memandangkan kita tiada persefahaman lagi biarlah mahkamah yang menentukan. Kita ada undang-undang dalam Islam. Yang penting bagi pihak saya adalah akidah,” katanya.
Terdahulu, ibu kepada seorang cahaya mata ini ditemui media pada sidang media pelancaran filem Gadis Jolobu The Movie di KL Jazz & Arts Centre (KLJAC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jelas Avaa lagi, dia kini memilih untuk menjalani kehidupan sendiri bersama anaknya selepas kira-kira 11 tahun melayari bahtera perhawinan bersama bekas suami, Aamil Sulaiman.
“Ia bermula sejak kes polis yang sudah sedia maklum. Jadi saya ambil keputusanlah. Tidak sihat untuk anak membesar dengan perhubungan seperti ini. Untuk dia (anak) melihat benda-benda yang tidak bagus, membuat saya untuk ‘stand up’. Sebab kita pun bukannya muda lagi.
“Meski saya tidak bertudung tapi masih ingat pada Allah SWT. Itu yang menguatkan diri seterusnya mendorong kita untuk melakukan sesuatu. Sebab cerai ni bukannya senang,” katanya lagi.
“Boleh dikatakan, pada lima tahun perkahwinan ia agak sukar. Kita jumpa (kenal) pun awal dan kemudiannya berkahwin. Dia pula kena sambung pengajian ke luar negara lebih kurang tiga tahun. Saya sendiri, hamil pun sendiri.
“Ketika usia anak kira-kira dua tahun setengah, baru dia di tanah air. Jadi bila tinggal serumah tu… alamak, ia dua budaya yang berbeza. Saya ni jenis yang fleksibel, ikut rentak. Cuma lama kelamaan itu, tahap kesabaran itu agak lama.
“Untuk seorang wanita bertahan selama 11 tahun (usia perkahwinan)…tahap kesabaran itu sangat sabar. Kita ‘meletup’ dan saya bulatkan hati untuk buat keputusan,” katanya yang turut menasihatkan wanita untuk pendapat dan bantuan sekiranya mengalami masalah di dalam perkahwinan.
Terdahulu, Avaa yang menfailkan tuntutan fasakh dan hadhanah (hak penjagaan anak) pada Disember tahun lalu dan akhirnya bercerai talak satu dengan Aamil yang juga seorang pemuzik.
Ketika itu, Avaa diberikan hak penjagaan sementara buat satu-satunya cahaya mata tunggal mereka, Merlissa, 10.
Pada Oktober tahun lalu, Avaa juga ada membuat laporan polis mendakwa dirinya dan anak berdepan penderaan domestik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI