Yasmin Hani ada memuat naik beberapa keping foto ketika menyambut hari raya Aidilfitri di akaun Instagram miliknya.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan kampung halamannya masih dalam negeri yang sama.

Lalu, Yasmin meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menyambut hari raya Aidilfitri bersama orang tua tercinta.

“Walau Raya CMCO / PKPB, akan ku jenguk jua.. Syukur Kampung masih dalam negeri. Tak payah lintas sempadan.

IKLAN

“Inilah mummyku seorang yang tinggal bersama Abah. Sayu pula rasanya sambil type caption ni.

“Ya Allah panjangkanlah umur mummy dan Abah, berikanlah mereka Kesihatan yg berpanjangan, kebahagiaan dan pimpinilah mereka.

“Berkatilah hidup dan amalan mereka. Berikanlah mereka rezeki yang halal tanpa putus.

“Hapuskanlah dosa mereka dan juga arwah Daddy. Tempatkanlah Daddy dikalangan orang yg beriman. Aameen. We miss u daddy. Doa adalah yg sebaik2 caption untuk mereka,” tulisnya pada kapsyen beberapa foto yang dimuat naik.

View this post on Instagram

Walau Raya CMCO / PKPB, akan ku jenguk jua.. Syukur Kampung masih dalam negeri. Tak payah lintas sempadan. Inilah mummyku seorang yang tinggal bersama Abah. Sayu pula rasanya sambil type caption ni. Ya Allah panjangkanlah umur mummy dan Abah, berikanlah mereka Kesihatan yg berpanjangan, kebahagiaan dan pimpinilah mereka. Berkatilah hidup dan amalan mereka. Berikanlah mereka rezeki yang halal tanpa putus. Hapuskanlah dosa mereka dan juga arwah Daddy. Tempatkanlah Daddy dikalangan orang yg beriman. Aameen. We miss u daddy. 😭 Doa adalah yg sebaik2 caption untuk mereka.. ❤️ #Jeram #Raya2020 #YasminHani #KampungHalaman #ShaariNoaHaniEissa #Sebaikbaikdoauntukmummydaddy

A post shared by Yasmin Hani Richardson 雅诗敏 (@yasminhani) on

Terdahulu, pihak kerajaan telah menetapkan syarat tidak membenarkan sebarang aktiviti rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tujuan sambutan hari raya Aidilfitri.

Foto: Instagram Yasmin Hani