Baru-baru ini, tular di laman media sosial mengenai isu masalah sampah yang telah berlaku sejurus keraian pesta malam tahun baru di sekitar ibu kota.
Pelakon Maya Karin misalnya, turut terkesan lalu memberi komen mengenai isu dan permasalahan tersebut.
Kongsi Maya, sikap masyarakat masih tidak berubah dan masih mengamalkan sikap suka membuang sampah merata-rata.
“‘WALAUPUN hari ini melangkah ke tahun 2020 namun sikap masyarakat negara ini masih tidak berubah dan suka membuang sampah merata-merata,” tulisnya beberapa hari lalu menerusi ciapan Twitter.
Dalam pada itu, perkongsian bintang filem Pisau Cukur itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.
Selain itu, bintang Munafik 2 ini turut menempelak individu yang hanya menyindir dan menyifatkan ia bukan satu penyelesaian untuk mengekang hal ini dari terus berlaku.
“Tak payah nak hahahaha kan saya. Itu bukan penyelesaiannya,” tulisnya.
Foto: Twitter Maya Karin