
Baru-baru ini, isu tidak adil dan sama rata mengenai soal rentas negeri yang ditetapkan oleh pihak kerajaan berdasarkan situasi semasa menjadi perbualan hangat di kalangan warganet.
Perkara ini terjadi apabila ada beberapa individu dari kalangan selebriti didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Dalam pada itu, selebriti terkenal Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA ada memberikan pendapat mengenai isu tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Sajalah Diva AA nak carut anda semua tak payah nak mengelupur punya nak beli karpet sampai ke Nilai 3, berangkut laki yang hodoh dispedo (ditanggung).
“Lepas tu tak payah mengelupur berangkut para ulama atau ustaz-ustaz ni konon menteri agama kononnya untuk keberkatan sambut bayi lah, apa lah.
“Besar sangat ke kau? Kayangan ke kau? Diva sangat ke kau? Cuba jadi macam Diva AA, shopping selagi duit ada berkepuk-kepuk, tapi semua pergi tempat yang selamat,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian pengacara berusia 55 tahun itu.
Foto: Instagram Diva AA
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Saif Ali Khan Dan Kareena Kapoor Tidak Mahu Gambar Anak Dirakam, Adakan Pertemuan dengan Paparazi

Selepas insiden ditikam di kediamannya di Mumbai, Saif Ali Khan dan isterinya, Kareena Kapoor telah meletakkan beberapa syarat kepada paparazzi yang sentiasa mengekori gerak mereka.
Seperti yang dilaporkan oleh media tempatan India, pasukan perhubungan awam Kareena Kapoor telah mengadakan pertemuan dengan paparazzi pada Selasa lalu untuk menyampaikan hasrat yang dimahukan oleh pasangan Bollywood popular itu.
Menurut laporan itu, Saif dan Kareena mahu paparazzi tidak lagi merakam gambar dan video anak mereka, Taimur Ali Khan dan Jehangir (Jeh) Ali Khan di mana-mana sahaja.
Selain itu, paparazi juga diminta agar tidak lagi berkumpul di luar kediaman mereka.Walaupun begitu, pasangan tersebut tidak menghalang sekiranya paparazi mahu merakam mereka jika mereka menghadiri mana-mana acara rasmi.

BACA JUGA: Saif Ali Khan Lalui 5 Jam Pembedahan, Serpihan Pisau Berdekatan Tulang Belakang Berjaya Dikeluarkan
BACA JUGA: Saif Ali Khan Cedera Ditikam, Kini Dalam Keadaan Stabil
Tindakan ini diambil ekoran kebimbangan terhadap keselamatan mereka sekeluarga.
Imbas kembali, Saif Ali Khan ditikam enam kali oleh penceroboh yang memasuki rumahnya pada 16 Januari untuk cubaan pecah rumah.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dan menjalani beberapa siri pembedahan. Pelakon berusia 54 tahun itu dibenarkan keluar dari hospital pada 21 Januari lalu, kira-kira lima hari selepas dimasukkan ke hospital.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seram! Entiti Rambut Mengurai Berkebaya Putih Lengkap Kain Batik, Menyerupai Pakaian Fazura. Fattah Nasihat Amal Baca Ayat Kursi

Pelakon Nur Fazura tidak menafikan dirinya ada berdepan pengalaman misteri dan ketika menjalani penggambaran filem Dendam Pontianak, meski ia tidaklah mengganggu kehidupannya secara keseluruhan.
Kongsi bintang ini kepada MH, dia hanya menyedari kehadiran entiti seakan-akan wanita berambut panjang mengurai yang dikatakan menyerupai dirinya setelah ditegur salah seorang kru di set lokasi.
“Sebelum ini saya tidak pasti untuk percaya atau sebaliknya. Banyak dengar cerita dari orang sekeliling.
“Akan tetapi bila nampak sendiri tu, ya saya percayalah sebab bila kejadian tersebut, saya pakai kebaya putih dan sarung batik, ‘dia’ pakai sebiji apa yang saya pakai,” kongsi figura cantik ini.
Bercerita mengenai kejadian tersebut dengan lebih lanjut, penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 2015 ini berkata, ia berlaku sekitar jam 3.00 pagi.
“‘Dia’ tidaklah mengganggu, cuma pandang dari kejauhan saja, tapi memang ‘dia’ ada si sekitar set penggambaran. Sekitar jam 3.00 ke 4.00 pagi waktu rehat, ada pengurus produksi meminta saya saya tengok belakang.
“Eh…’dia’ berupa rambut mengurai ke depan dan kami bertentangan pandangan waktu saya melihatnya.
“Sudah tentu, saya pengalaman yang berbeza sebabnya ketika saya melakukan penggambaran untuk filem Kami Histeria, tiada gagguan seumpamanya. Bagaimanapun semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.
Terdahulu, Fazura atau lebih sinonim dipanggil Faz ditemui semasa sidang media filem Dendam Pontianak yang diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ditanya sama ada dia ada menerima gangguan usai penggambaran pada ketika itu, Faz bersyukur kerana dia tidak mengalami apa-apa pengalaman menakutkan.
Cuma, suaminya Fattah Amin ada berpesan supaya dia sentiasa mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran selain Ayat Kursi sebagai penguat semangat.
“Syukur saya tidak alaminya. Cuma selepas kejadian tersebut saya ada maklumkan kepada Fattah. Yang, I nampak hantu Yang. Katanya baca ayat suci Al Quran atau Ayat Kursi sebelum dan selepas pulang ke rumah,” kongsi Faz.
Filem Dendam Pontianak menjalani penggambaran di kawasan perkampungan di sekitar Selangor dan Perak.
Ia mengisahkan sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan dibelenggu dengan perkara misteri hingga memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan.
Mendukung watak pontianak bernama Mina, Dendam Pontianak telah diarahkan oleh Glen Goei dan Gavin Yap.
Selain Fazura, filem tersebut turut dibintangi Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadia Aqilah, Wan Hanafi Su dan Nadiah M.Din.
Dendam Pontianak akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 12 September depan dan turut ditayangkan di pawagam di Singapura pada 29 Ogos ini.
Foto: Instagram Fazura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masih Suami Isteri Cuma Kami Tak Tinggal Bersama Disebabkan Dalam Proses Cerai,” – Hafiz Suip

Penyanyi Hafiz Suip menjelaskan situasi terkini rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah bahawa mereka kini dalam proses untuk berpisah.
Menurut Hafiz atau nama sebenarnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, dia dan Nureffy juga sedang berbincang mengenai hak penjagaan anak-anak sekiranya jodoh mereka tidak panjang selepas ini.
“Kami masih suami dan isteri cuma kami tidak tinggal bersama disebabkan dalam proses cerai.
“Kami sedang berunding hak penjagaan anak-anak,” katanya yang berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu temu bual bersama rancangan Melodi, pada Khamis.
Penyanyi Awan Nano itu pada masa sama turut menjelaskan, dia hanya mahu menyelesaikan hal rumah tangga dengan baik tanpa ada campur tangan pihak lain.
Mahukan Yang Terbaik
Tambah penyanyi Terus Bersinar itu, dia juga bersedia melepaskan isterinya jika sudah tiada persefahaman.
“Saya cuma nak selesaikan dengan cara yang baik, tak ada gangguan daripada pihak-pihak yang lain. Setakat ini alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.
“Cuma kes mahkamah saya ni pun, saya simpan untuk diri saya sendiri.
“Saya nak yang terbaik… Kalau dah kita memang tak ada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara baik.
“Kita tak nak merumitkan keadaan, biar semuanya selesai cara baik jangan anak-anak jadi mangsa keadaan,” jelasnya lagi.
Imbas kembali, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada 14 Mei 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Melodi (IG: tv3malaysia)
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI