
Pengacara Noor Neelofa Mohd Noor telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Twitter miliknya.
Pengacara dan usahawan itu telah berkongsi bersama peminat ketika dia menghadiri pertunjukan fesyen antarabangsa yang berlangsung di Milan, Italy.
“Guess who went to the Upside Down land?,” tulisnya.
Guess who went to the Upside Down land? ??♀️ pic.twitter.com/k7ZM8G5HqB
— Neelofa (@Neelofa) February 24, 2019
Lantas, salah satu gambar yang dimuat naik Neelofa menarik perhatian netizen kerana gara-gara Neelofa dilihat seperti skirt atas paras buku lali.
Malah, ada yang turut memberi kecaman dan komen berbaur negatif kepada Neelofa.
Pada masa sama, rata-rata peminat bintang berusia 30 tahun itu memberi nasihat agar sentiasa kekal positif walaupun diterima pelbagai kecaman dari netizen.
Alahai netizen pun, tidak baik bersangka buruk dengan orang lain. Alangkah baiknya kita berkata yang baik baik sahaja dan mendoakan yang terbaik buat Neelofa.
Foto : Twitter Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bangga Dengan Diri, Saya Buat Perkara Benar,” – Diarah Bayar Ganti Rugi, Amelia Henderson Bakal Kemuka Rayuan

Pelakon, Amelia Henderson bakal mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah tinggi yang mengarahkan dirinya membayar ganti rugi sebanyak lebih RM200,000 selepas tewas dalam keputusan kes saman pelanggaran kontrak perjanjian membabitkan syarikat produksi, A Aida Production Sdn Bhd.
Bagaimanapun, Amelia tetap akur dengan keputusan pihak mahkamah.
“Saya tak boleh berkata banyak. Saya pun akan buat rayuan juga. Jadi, kes ini masih berturusan dan kita nantikan keputusannya.
“Saya hormati keputusan mahkamah,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Amelia tetap merasakan dirinya memperoleh kemenangan kerana semua orang yang disayanginya ada disisinya disaat dia memerlukan.
“Saya hadir ke mahkamah hari ini tanpa sebarang ekpektasi. Saya bangga dengan diri saya sendiri sebab saya percaya saya buat perkara yang benar.
“Pada masa sama, perasaan ini juga yang memberikan saya kekuatan untuk membuat rayuan. Hari ini, secara peribadi, saya sangat gembira kerana ketika saat saya memerlukan kekuatan, semua orang yang saya sayang ada untuk saya.
“Saya tetap rasa menang. Ingin saya betulkan di sini, saya tak pernah berniat nak melawan sesiapa sebaliknya, keputusan yang saya buat ini adalah untuk menegakkan pendirian saya. Itu sahaja,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Amelia tetap menyifatkan dirinya mempunyai pengalaman yang baik sepanjang bekerja bersama A Aida selama ini.
“Pengalaman saya bekerja dengan Datuk A Aida memang sangat seronok. Tiada satu puh perkataan negatif untuk menggambarkan dirinya.
“Saya harap semua orang faham kes ini adalah berkaitan perbezaan pendapat. Itu sahaja,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya mengenai kenyataan A Aida yang tidak mahu lagi bekerja dengan dirinya, Amelia akur dengan keputusan penerbit tersebut
“Kalau itu perasaan Datuk A Aida, saya terima. Kalau jumpa di luar saya tetap akan okay sahaja. Saya menghormati semua orang di dalam industri ini lebih-lebih lagi bila saya pernah bekerja dengan individu tersebut,” akhirinya.
Sepanjang perbicaraan bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plaintif termasuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia memberi keterangan.
Ketika perbicaraan berlangsung, pengurus produksi A Aida Production dilaporkan memberitahu mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat Amelia.
Amelia dan dan seorang lagi pelakon, Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A Aida selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani.
A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rizal Baharuddin dilaporkan sepakat membawa perkara itu ke muka pengadilan.
Bagaimanapun, saman antara A Aida dan Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk dibicarakan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hamil Perlukan Komitmen Besar & Pemahaman Pasangan,” – Ernie Zakri Ulas Soal Tambah Zuriat

Isi Kandungan
TogglePenyanyi Ernie Zakri mengakui mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata, terutama selepas anak sulungnya, Nur Khawla Soleha, semakin membesar.
Bagaimanapun, Ernie dan suaminya, penyanyi Syamel, perlu merancang dengan teliti atas kesibukan jadual kerja mereka.
“Khawla sudah masuk usia tiga tahun. Saya memang ada perancangan untuk hamil kali kedua, tapi saya nak tunggu Khawla besar sedikit. Mungkin ketika usianya empat tahun. Kita tengok dahulu keadaannya bagaimana.
“Pekerjaan saya dan Syamel ini memang perlukan perancangan. Saya tidak boleh mengandung secara tiba-tiba. Kita kena susun perjalanan itu dengan cantik.
“Syamel pun ada perancangannya sendiri iaitu untuk keluarkan album. Saya tidak mahu fokusnya beralih. Untuk punyai cahaya mata bukanlah satu perkara mudah. Ia memerlukan komitmen yang besar dan pemahaman daripada pasangan,” katanya kepada MH.
Anak Mula Bertanya
Dalam pada itu, penyanyi lagu Aura ini turut berkongsi bahawa anaknya sudah mula bertanya mengenai kehadiran adik kecil.
“Saya bukan nak ada seorang cahaya mata sahaja. Anak saya pun sudah mula bertanya. Saya pun tak tahu dari mana dia belajar. Mungkin daripada neneknya.
“Baru-baru ini, Khawla ada bertanya, dia nak baby kecil yang lain. Baby kecil yang keluar daripada perut ibunya. Nampaknya, dia sudah mula memahami sebab usianya sudah besar.
“Dia juga berkawan dengan orang-orang besar di rumah. Kita pun bagitahu dia, kena tunggulah dahulu. Insha-Allah ada rezeki nanti,” ujarnya lagi.
Rutin Ramadan
Sementara itu, Ernie turut berkongsi sepanjang Ramadan ini, dia lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga selepas sibuk dengan jadual kerja sejak tahun lalu.
“Selama hampir dua minggu kita berpuasa, saya banyak berada di rumah. Memang saya nak luangkan masa yang banyak bersama keluarga saya. Saya nak jadi suri rumah yang cantik di bulan puasa ini.
“Saya nak masak buat keluarga setiap hari. Lagipun, bulan Ramadan ini bulan ibadah. Kita akan luangkan masa bersama untuk beribadah,” katanya.
Untuk rekod, Ernie mendirikan rumah tangga dengan Syamel pada 26 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Pasangan ini dikurniakan seorang puteri sulung yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 22 Februari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Lari,” – Golongan Selebriti Tak Bayar Cukai? Sila Dengar Nasihat Tok Ti Ni

Hari ini merupakan tarikh akhir untuk menjelaskan cukai taksiran, namun masih ramai yang belum melaksanakan tanggungjawab antaranya golongan artis BBNU yang dikatakan masih kabur dan tidak jelas.
Mengambil kesempatan bertemu di Creacion & Simplysiti By Siti Nurhaliza Raya Private Viewing Fashion Show semalam, Datuk Seri Siti Nurhaliza menasihatkan golongan selebriti BBNU ini segera melangsaikan cukai yang tertangguh.
Ulasnya, sekiranya masih kabur akan langkah yang perlu dilakukan, hanya pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk meminta nasihat dan pandangan pihak berkuasa.
“Adik-adik semua, kita perlu berkomunikasi dengan pihak berkuasa. Saya percaya adik-adik yang lain dekat satu tahap terlepas pandang untuk melakukan tanggungjawab.
“Sekarang ni sudah mudah, ada secara online, kita buat sendiri tafsiran, perlu ada orang yang ingatkan artis BBNU sebab kadang-kadang mereka tidak ada masa dan tak terfikir pun perkara macam ni,” katanya kepada MH.
Penyanyi tersohor ini juga memberi amaran supaya tidak lari daripada membayar cukai kerana ini adalah tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
“Sebenarnya kena ingatkan. Sebab ada satu ketika, saya juga terlepas pandang tapi orang sekeliling saya selalu ingatkan buat segala persiapan sebelum dapat surat, dan kena bayar sekaligus.
“Daripada sekarang, kalau ada yang betul-betul tak tahu nak buat apa, pergi sahaja ke Lembaga Hasil Dalam Negeri dan minta pandangan mereka dan mereka bertimbang rasa dengan artis-artis ni. Jangan lari.
“Ini adalah tanggungjawab dan kita tak boleh lari. Kalau ada masalah, cuba bercakap dengan pihak berkuasa,” tambahnya lagi.
LHDN sebelum ini mendedahkan lebih 30 peratus artis muda didapati gagal mendaftar sebagai pembayar cukai dan tidak mengishtiharkan pendapatan yang diperolehi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI