Pelakon, Fasha Sandha kini kelihatan semakin bahagia setelah bergelar isteri kepada pelakon, Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.
Menerusi entri terkini Fasha di Instagram, pelakon berusia 35 tahun ini telah berkongsi momen ketika meluangkan masa bersama keluarga di taman tema air, Sunway Lagoon.
“Terima kasih @sunwaylagoonmalaysia, the kids had so much fun! Takyah pi jauh2, dekat2 pun dah happy Thanks Mucha Nanni temankan kami @mamasandha #latepost #latergram
#iburayfalraysha,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar ibu kepada dua orang cahaya mata ini sentiasa bahagia dan ceria bersama keluarga tercinta.
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah berkahwin bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anzalna Jual Baju Preloved Berjenama Anak, Bantu Golongan Sasaran – “Duit Itu Sedikit Sebanyak Dapat Tolong Mereka Yang Memerlukan.”
Pelakon Anzalna Nasir mengambil inisiatif tersendiri dengan menjual baju terpakai (preloved) anaknya, Mohamad Eidrees dan hasil pembelian akan dikongsi bersama golongan yang memerlukan.
Menjual pakaian berjenama anaknya dalam harga berpatutan, finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa ini turut mendedahkan, sesi jualan tersebut lazimnya akan ‘sold out’ dalam tempoh 10 minit sahaja!
“Di atas permintaan, Anzalna usahakan juga dan dapat kumpul baju-baju Eidrees untuk dijual preloved supaya duit itu sedikit banyak dapat menolong mereka yang memerlukan dan I tau followers @prelovedbyeidrees tak sabar!
“Selalunya upload baju-baju Eidrees tak sampai 10 mins gone! Laju betul ibu-ibu shopping untuk anak-anak! hahahahahah Harga I jual pun punyalah murah kalau nak dibandingkan dengan harga yang I beli.
“Tak kisahlah! apa yang penting ibu-ibu happy tengok anak handsome bergaya,” tulisnya menerusi entri terkini di Instgaram.
Sementara itu di Insta Story, Anzalna memaklumkan sesi penjualan prelovd yang dilakukan sudah pun habis terjual dalam tempoh 5 minit sahaja.
“Baju-baju @prelovedbyeidrees sold out in 5 mins! Thank you mommies! Tunggu ada lagi nak upload,” tulisnya.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kereta Sport Laju Meluncur Waktu Cat Jalan 14 Tahun Dulu, Hairul Azreen Teringat Impian Lama
Pelakon Hairul Azreen mengenang memori ketika dia pernah mencari rezeki dengan menjadi tukang cat jalan raya lebih 14 tahun lalu.
Menurut Hairul dia pada waktu itu pasang impian untuk memiliki sebuah kereta ‘sport’ hingga pernah diketawakan rakan kerjanya.
“Masih tak lupa masa, saya kerja cat jalan 2007, masuk kerja 12 tengah malam habis kerja pukul 5 pagi.
“Sebab orang dah siap nak pergi kerja, tapi masa kerja tu ada kereta-kereta sport laju lalu sebelah saya, lepas tu saya apa lagi terus menjerit…’Satu hari nanti, aku kerja rajin-rajin. Aku beli sebijik!
“Lepas tu kawan yang kerja cat dengan saya cakap ‘Kau apahal? Gila!’. Hahahaha,” tulisnya berkongsi di Instagram.
Lalu dia yang kini turut bergelar pengarah menyifatkan sesebuah impian itu merupakan satu doa.
“Guys kalau kita inginkan sesuatu atau impian kita itu digelakkan kawan, maknanya impian kita tu besar dan bagus untuk kita tuju sebab #Kata2ItuDoa.
The best never rest,” jelas bapa kepada sepasang cahaya mata itu lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut meninggalkan komen masing-masing yang rata-ratanya turut menyambut baik apa yang dikongsikan bintang Paskal ini.
Foto: Instagram Hairul Azreen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Buat Babak ‘Under Water’ Sendiri, Saya Kena Ikat Bawah Air Yang Dalam,” – Uqasha Senrose
Meskipun pernah beraksi dalam genre seram sebelum ini, namun aktres popular, Uqasha Senrose mengakui filem Sumpahan Jerunei arahan Jason Chong memberikan pengalaman berbeza dan paling mencabar buatnya.
Menurut Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, dia melakonkan watak Bee, pegawai pemeliharaan warisan yang meminati perkara mistik dalam filem terbitan Produksi Seni 2020 milik Datin Wendy Wong dan Datuk Nancie Foo itu.
“Watak Bee ini penting kerana membawa kumpulan pengkaji yang terdiri dari Profesor arkeologi, Doktor Sani; Arjuna (bekas pelajar), Hana (pegawai pemeliharaan warisan) dan Tommi (jurukamera dan You Tuber) ke tempat jerunei yang misteri itu.
“Bukan senang untuk saya memaksa semua anggota kumpulan ke tempat tiang jerunei itu di mana akhirnya roh itu pula masuk ke dalam diri saya,” katanya.
Dalam filem Sumpahan Jerunei, Uqasha bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.
Mengenai persiapan watak pula, kata Uqasha, dia membuat persiapan rapi untuk menjiwai karakter Bee dalam filem itu.
“Kami ada sesi pembacaan skrip untuk memahami karakter masing-masing. Ia bukan pre-produksi seperti drama biasa sebaliknya perlu memahami skrip dan karakter dengan lebih mendalam,” katanya lagi.
Pada mulanya, kata Uqasha, dia berasa risau dan tidak senang duduk kerana bimbang tidak dapat melakonkan karakter Bee seperti dikehendaki pengarah.
“Saya juga baca skrip hingga empat kali sehingga benar-benar memahami karakter Bee dan skrip juga banyak kali diubah.
“Selepas memakai kostum sebagai pegawai pemeliharaan warisan dengan solekan serta rambut yang ringkas, secara perlahan ‘feel‘ itu datang sendiri.
“Selaku pengarah, Jason juga akan menegur jika kami tidak menjiwai watak seperti dikehendaki skrip,” katanya.
Berkongsi cabaran dalam filem itu pula, terdapat banyak babak aksi lagak ngeri juga dilakukan Uqasha sendiri.
“Setiap babak dalam filem ini sukar. Antaranya, babak saya kena ikat dan naik atas pokok dan pokok jatuh depan muka.
“Saya juga buat babak ‘under water’ sendiri di mana saya kena ikat bawah air yang dalam. Selain itu, saya juga melakukan babak mandi dalam air sungai yang kotor dan menjadi tempat bahan buangan dari tandas termasuk najis di kampung berkenaan,” katanya.
Berkongsi penggambaran pula, ia membabitkan tempoh sebulan dan lokasi bermula di Mukah dan seterusnya, Kuching, Sarawak.
“Penggambaran filem ini banyak dalam hutan di kampung pedalaman di Kuching. Selain itu, ia juga membabitkan lokasi di tiang jerunei di mana ritual hamba yang dikorbankan pada abad ke-16.
“Tiada gangguan ketika penggambaran kerana kami sangat berhati-hati bila ‘shooting’ di lokasi seram bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.
Mengenai kerjasama dengan barisan pelakon, kata Uqasha, dia berasa dirinya kerdil bila berganding dengan barisan pelakon hebat seperti Bront, Amerul dan Tony Eusoff.
“Ia juga kali pertama saya berganding dengan Bront, Amerul dan Tony dalam filem ini. Namun, saya pernah bekerja dengan Syafie Naswip sebelum ini
“Terus terang, saya berasa diri ini kecil jika nak dibandingkan dengan nama besar seperti mereka kerana mereka sangat menjiwai karakter.
“Namun, mereka tidak letak jurang dengan saya ketika penggambaran filem ini. Kami juga ditempatkan dalam satu apartmen dan masak bersama seperti keluarga besar sehingga penggambaran filem selesai,” katanya.
Filem Sumpahan Jerunei mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 27 Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI