“Tak Payah Risau, Tak Kan Ganggu Suami, Tunang Atau Boyfriend Orang,” – Joy Revfa

Share

Usahawan kosmetik, Joy Revfa mendedahkan dia tidak berminat untuk berkongsi kasih dengan mana-mana lelaki yang sudah mempunyai pasangan.

Menurut Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Amin, dia menerusi Instagram mengakui ibunya juga berpesan untuk mencari lelaki solo bagi mengelakkan sebarang masalah.

“Tak payah la risau.. Joy ni tak akan ganggu suami / tunang / boyfrd org. Tak suka berebut2 atau share2 ni. Sesiapa rapat dgn joy kenal la joy mcm mana.

“Kawan2 joy kebanyakkan nya 80% semua suami org tapi isteri2 dorg semua tahu joy ni jenis yg tak akan rampas / mengedik / goda suami org.

“So sesiapa x yah la propose nak jadikan joy bini kedua, ketiga, keempat atau kelima.

“Ibu pun selalu pesan, jangan ganggu rumahtangga org lain. Daripada pening kepala berebut2, lebih baik pilih yg single & tak bermasalah. Tu je nak cakap,” tulisnya.

Perkongsian yang dibuat Joy yang juga bekas isteri penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun itu menerima reaksi daripada para pengikutnya.

Sebelum ini, Joy pernah berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei 2017.

Bagaimanapun, hubungan tersebut tidak berpanjangan sebelum mereka disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017.

Terdahulu, Joy pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arryan Firdaus.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

Published by
MH