
Tiada angin tiada ribut, pelakon, Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang didakwa telah memburukkan namanya di platform media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, Aaron mengajak individu tersebut untuk bersemuka untuk menyelesaikan segala isu yang berbangkit.
“Kalau tak puas hati, kita boleh telefon dan berjumpa bila-bila masa. Tak payah nak carutkan orang di TikTok. Musibut,” katanya.
Sedia ‘Masuk Gelanggang’
Malah di ruangan kapsyen, pelakon asal Singapura menyatakan dia juga bersedia untuk masuk ke gelanggang dan bertarung dengan individu tersebut secara sah.
“Masuk gelanggang mat. Tanda tangan kontrak. Tak payah sebut nama selepas itu ludah,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramaikan yang merasakan individu yang dimaksudkan oleh Aaron itu adalah pelakon, Sharnaaz Ahmad.
Bagaimanapun, sehingga kini, pelakon filem Sheriff: Narco Intergriti itu tidak menyebutkan secara terperinci siapakah gerangan individu yang dimaksudkan itu.
Malah, ada netizen juga menasihatkan Aaron supaya bersabar dan mengabaikan sahaja segala komen-komen negatif.
“Siapa tu Aaron? Jangan gaduh-gaduh. Selesaikan baik-baik.
“Tak payah layan bang. Dia bukan level abang. Abang still on top.
“Inilah definasi kita tak kacau pun hidup orang, orang kacau hidup kita. Penyakit hati.
“Jangan layan orang gila bayang. Malik is back,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 300,000 jumlah tonton di Instagram.
Bagaimanapun, sejak petang tadi video tersebut dilihat telah pun di padam diakaun media sosial milik Aaron.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaron Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI