Beberapa hari lalu,kecoh mengenai kesan sampingan penggunaan serbuk arang gigi dan pengambilan jamu dalam bentuk kapsul.
Perkara tersebut telah diutarakan Dr Amalina dan doktor-doktor pakar yang lain mengenai kesan produk tersebut.
Terbaru, timbul pula perkara mengenai pengambilan ubat tinggi.
Hal ini kerana doktor selebriti itu sering berkongsi gambar dengan teman lelakinya, namun gambar tersebut mendapat perhatian apabila saiz ketinggian mereka berdua yang sangat ketara.
Susulan itu, ada netizen mulai memberi cadangan ‘nakal’ dengan menyarankan Amalina agar mengambil produk ‘cepat tinggi’.
Bagaimanapun, ada juga yang menganggap bahawa mereka sebagai pasangan yang ‘comel’.