“Tak Payah Ucapan Panjang, Nanti Mama Bisik Kat Telinga Papa,” – Elly Mazlein Rai Ulang Tahun Perkahwinan Pertama Dengan Cikgu Azlan

Share

Artis versatil, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom telah menyambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama suaminya, Mohamad Azlan.

Lalu, bintang yang popular menerusi drama bersiri Kampung People ini ada menzahirkan rasa syukur atas kebahagiaan yang dimilikinya setelah lebih setahun melayari bahtera perkahwinan bersama.

“Alhamdulillah .. 1 tahun bersama ..Happy 1st Anniversary Sayang.

“Tak payah ucapan pnjng2 lah kat ig .. nnti mama bisik kat telinga papa. Doa dan harapan mama dlm perkahwinan kita. Biar kita saja yg tau.

“18 January 2020, 18 January 2021.

“Gambar tu masa Papa Awan Nano dtg merisik,” tulisnya menerusi hantaran terkini di akaun Instagram.

Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata rakan selebriti dan peminat mendoakan agar mahligai cinta Elly bersama suami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 4 tahun namun mereka bercerai pada 15 Oktober 2015.

Kini, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah sah bergelar isteri kepada Mohamad Azlan pada 18 Januari 2020 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Elly Mazlein

Published by
Nazar Rafiqhi