Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menyifatkan kehadiran cahaya mata adalah sebagai satu satu kenangan terindah.

Sedar tak sedar, penyanyi dan pelakon ini sudah pun bergelar ibu sejak 3 tahun lalu.

Bella atau nama penuhnya, Dayang Nabellah Awang Astillah ada menitipkan ucapan hari jadi buat anak, Mohamad Ayden Adrean yang ke-3.

“Selamat Hari Lahir kepada anda bayi saya @aydenadrean17 . Saya tidak percaya saya telah menjadi ibu selama tiga tahun untuk keajaiban ini.

“Terima kasih kerana datang pada masa yang paling menakjubkan dalam hidup kita,” tulisnya.

Ads

Di samping itu, penyanyi berusia 26 tahun ini turut mendoakan agar anaknya menjadi seorang lelaki budiman apabila dewasa.

“Merupakan satu berkat terbaik untuk melihat awak membesar dan saya tidak sabar untuk melihat awak menjadi seorang pemuda yang budiman.

Ads

“Saya sangat sayangkan anak lelaki manis saya, anak sulung saya. Awak menjadikan segalanya lebih baik. Ibu dan ayah sangat menyayangimu #AydenAdreanTurns3,” tulisnya lagi.

https://www.instagram.com/tv/CCXMbSIDH2R/?igshid=1v0vdl5l9w902

Ads

Untuk rekod, Bella mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Aliff Azizi pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan ini kemudian bercerai pada Mei tahun lalu namun rujuk semula sewaktu masih dalam edah.

Bintang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang kini sedang hamil anak kedua dijangka bakal tak lama lagi.

Video: Instagram Bella Astillah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI