“Tak Perlu Hantar Barang Atau Hadiah,” – Miliki 500k Followers, Isteri Jovian Mandagie Mahu Bantu Usahawan Kecil Promosi Bisnes Free Je!

Share

Isteri kepada pereka fesyen popular, Datuk Jovian Mandagie, Datin Nina Ismail Sabri mendedahkan dirinya sedia membantu mana-mana usahawan terutamanya buat para peniaga kecil yang terkesan selepas pelaksanaan ‘lockdown’ yang diumumkan sejak Isnin.

Jelas Nina, dia akan menggunakan platform media sosialnya bagi mempromosikan apa sahaja jenis bisnes secara percuma.

Katanya lagi, para peniaga kecil hanya perlu menerikan butiran lanjut mengenai peniagaan mereka tanpa perlu menghantar apa-apa barang atau hadiah.

“Kepada peniaga kecil, instashops, restaurants and sesiapa sahaja yang berniaga, kalau nak minta saya tolong postkan your business boleh whatsapp gambar dan IG handle to 0193020060 dan saya akan post on story.

“Tak perlu hantar barang or gifts, it’s okay. I just need your details. Kalau ada website boleh bagi website so I can do swipe up link,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh anak kepada Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Nina turut menambah, suaminya juga akan membantu menyediakan khidmat penghantaran buat mana-mana usahawan yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

“Kalau tau mana-mana gerai dan business kecil yang tiada delivery, boleh tolong mereka register @heyho.my kalau mereka bukan tech or online savvy.

“Jovian Mandagie boleh tolong get someone from the team to help them juga untuk register,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan agar segala urusannya itu dipermudahkan.

Sekadar informasi, Nina kini difahamkan mimiliki lebih 500,000 jumlah pengikut di laman Instagram.

Sumber: Instagram Datin Nina Ismail Sabri

Published by
Aizam Manaf