Aktor Datuk Adi Putra berharap agar kontroversi kecurangan yang dicetuskan pelakon dan penyanyi berasal dari seberang tambak, Aliff Aziz tidak menjadi punca perbalahan dan ketegangan antara dua buah negara.
Menurut Adi yang juga merupakan pelakon kelahiran Singapura, dia tidak mahu isu ini menjadi penyebab wujudnya sentimen kasta terhadap penggiat industri seni dan kreatif tempatan.
“Kita tak mahu meletakkan satu sentimen kasta dalam industri perfileman. Sebagai pelakon, saya juga tak mahu mencalarkan imej industri hiburan.
“Ini semua merangkumi kesenian tak kira seseorang itu adalah pelakon, penyanyi atau pengacara. Mengenai isu dua negara ini, ia boleh mencetuskan kasta tidak diinginkan.
“Diharapkan kasta ini tidak akan wujud untuk imej negara,” katannya kepada MH.
Adi berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan episod akhir drama Lelaki Itu yang berlangsung di Hadramawt Kitchen, Ampang pada Isnin.
Ads
Bintang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkata, rata-rata penggiat industri perlu merenung contoh dan teladan daripada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang menyatukan dua rumpun melalui bidang seni.
“Bagi saya, tak wajar menyentuh isu dua negara, Malaysia dan Singapura. Kalau imbas semula sejarah atau riwayat bagaimana kehidupan Allahyarham P Ramlee yang bermula di Singapura dan berbalik ke Merdeka Studio, sama juga dengan dua negara ini.
Ads
“Tapi, bila berpijak di bumi nyata, sebenarnya kita bekerja. Jadi, bagaimana kita hendak menepis kontroversi, itu berbalik kepada prinsip kita sendiri dan harus saling hormat menghormati,” katanya.
Ditanya mengenai tempias diterima, Adi berkata, itu adalah lumrah dan perlu dihadapi dengan tenang.
Ads
“Tempias itu biasa dan pasti wujud di mana-mana sekalipun. Bagaimana hendak atasi tempias dengan cara masuk kiri dan keluar kanan telinga,” katanya.
Dalam pada itu, Adi mengesyorkan supaya satu akta diwujudkan bagi menangkis segala permasalahan timbul membabitkan penggiat seni termasuk membendung kekeliruan dalam kalangan persatuan.
“Saya rasa kena wujudkan satu akta sebab kita dulu bermula dengan persatuan kecil, kemudiannya barulah lahir lebih banyak persatuan.
“Tapi, persatuan ini perlu diperjelaskan adakah ia di bawah satu bumbung akta kerana jika tidak, boleh menimbulkan kekeliruan sama ada persatuan ada akta dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) atau Kementerian Komunikasi.
“Jadi, perkara ini juga perlu diperjelaskan di Dewan Negara,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kejayaan filem epik Mat Kilau; Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof baru-baru ini benar-benar meninggalkan impak tersendiri buat peminat seni tanah air.
Menerusi fenomena yang tercipta, satu lagi usaha telah dilakukan anak tempatan, VNG Games dengan membawa wira legenda Mat Kilau itu sendiri ke dalam dunia alam maya melalui permainan mudah alih, King Of Nations.
Permainan ini kini tersedia di Google Play & App Store bermula 22 Ogos 2022 lalu dengan dua karekter utamanya iaitu Datuk Adi Putra dan Fattah Amin yang telah dipilih untuk mencuba permainan mudah alih terkini keluaran VNG Games.
Replikasi watak Mat Kilau dalam versi permainan digital ini mempunyai tarikan tersendiri selain dipadankan dengan busana Melayu yang dihasilkan secara terperinci termasuk memiliki senjata tradisional.
VNG Games menerusi satu kenyataan menjelaskan, penciptaan watak permainan mudah alih itu diilhamkan daripada kisah kehidupan pahlawan Melayu bersejarah itu yang baru-baru ini menjadi bualan utama tempatan dan antarabangsa dengan kejayaan besar box office pawagam.
Keberanian, ketabahan, dan kemahiran bersilat Mat Kilau menjadi inspirasi ramai, khususnya golongan belia sesuai dengan bahang menjelang hari kemerdekaan.
Lalu, VNG Games melihat penghasilan Mat Kilau ini sebagai watak yang boleh dimainkan di platform permainan digital untuk menggalakkan kebanggaan dan patriotisme tempatan di kalangan pemain Malaysia.
“Dengan penambahan watak baharu Mat Kilau ini dalam King Of Nations, pemain juga boleh bermain dengan watak tempatan yang berpotensi mereka hubungkan, pada asasnya untuk meningkatkan pengalaman pertempuran dalam permainan dan lawan mereka.
“Pemain boleh menyelami dunia King Of Nations dan bertempur melawan wira tamadun lain, samada dari Timur atau Barat, dan menulis semula sejarah perang terbesar dunia dan meninggalkan jejak mereka,” maklum kenyataan terbabit.
Selain itu, King of Nations merupakan permainan muat turun percuma yang hanya memerlukan 480mb ruang pada telefon pintar pemain. Perbezaannya cuma pada mod permainan yang memaparkan pertempuran wira berbilang tamadun yang menarik.
Selain itu, permainan ini juga menawarkan pelbagai tawaran promosi sebagai tanda penghargaan kepada pemain mereka dan ia termasuk 300 tiket pengambilan percuma untuk Wira Lagenda dalam masa 7 hari, Hero Athena 5-bintang secara percuma dengan tempoh log masuk 7 hari dan cabaran untuk mendapatkan lebih banyak tiket ahli percuma.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Saban hari, ada sahaja nama baru yang memeriahkan industri seni tempatan dan pastinya, ia secara tidak langsung memberi persaingan sihat buat bintang sedia ada.
Lalu pada masa sama, artis terdahulu pula perlu melakukan sesuatu bagi memastikan diri mereka kekal relevan.
Bagi penyanyi dan pelakon, Syafiq Farhain misalnya, dia tidak menafikan ada ketikanya rasa tertekan apabila memikirkan cara untuk terus kekal relevan dalam industri.
Apatah lagi dengan perkembangan industri seni semasa ketika ini.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Manis-Manis Cinta ini mengakui bagi terus mengekalkan reputasi yang baik, dirinya perlu memberikan naskhah berkualiti, selain punya disiplin tinggi dalam apa saja yang dilakukan.
“Memanglah kita selalu dengar mengenai istilah cepat naik, cepatlah jatuh. Asal ada gosip sahaja meletop, kalau tak ada diam.
“Bagi saya benda tu kenalah seiring dengan kualiti yang kita bawa.
Malah kongsi Syafiq kepada MH, sudah menjadi lumrah apabila nama seseorang itu tengah ‘panas’, ia secara tidak langsung akan menjadi perhatian.
Tidak dinafikan, pencarian Dewi Remaja menjadi platform terbaik buat para gadis untuk meneruskan cita-cita, khasnya dalam dunia glamor.
Jadi tidak hairanlah ramai ‘produk’ Dewi Remaja kini cukup aktif sama ada dalam dunia lakonan, nyanyian, pengacaraan dan sebagainya.
Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, Anzalna, Syatilla Melvin malah aktres atau bintang tempatan lain terdahulu seperti Datin Juliana Banos, Datin Seri Umie Aida, Izreen Azminda dan lainnya yang sukses dengan pencapaian masing-masing.
Merakam kembali memori, juara Pencarian Dewi Remaja 2005/06 Scha Alyahya misalnya turut mengakui pada peringkat awal, dia memasuki pertandingan berkenaan untuk mengejar cita-cita sebagai pembaca berita.
“Ya, dulu kami join Dewi Remaja sebab nak jadi pembaca berita. Minat punya fasal. Tapi itulah, akhirnya rezeki pada bidang lain pula.
“Cuma kami pun tak tahu dapat jadi ke tidak pembaca berita bila orang dengar suara kami,” katanya seloroh kepada MH.
Terkini, pencarian mencari juara terbaru sudah pun bermula apabila pihak Remaja sendiri sudah pun mengumumkan 20 peserta yang terpilih untuk ke fasa seterusnya.
Pengumuman yang dibuat menerusi platform media sosial majalah berkenaan nyata mengundang perhatian ramai, termasuk di kalangan selebriti.
Scha sebelum ini turut menjadi hos bagi program berkenaan untuk edisi terdahulu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...