Pelakon, Fatin Afeefa tidak kisah andai ada yang melabel dirinya sebagai ‘high maintenance’.
Ini kerana, bintang itu menyifatkan apa yang dimilikinya ketika ini adalah hasil kerja keras dan titik peluhnya sendiri.
Tambah Fatin lagi, dia bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.
“Orang kata saya high maintenance dan susah nak jaga tapi saya tak minta pun mereka jaga saya.
“Saya high maintenance sebab saya kerja. Sekarang saya masih dapat rezeki, menjadi duta dan sebagainya. Jadi, apa sebab saya tak mampu nak pakai apa yang saya inginkan?
“Pada masa sama, tak perlu lelaki untuk tanggung saya,” jelasnya jujur.
Dalam pada itu, pelakon yang popular memerusi filem Tentang Bulan itu turut menasihatkan supaya berbelanja mengikut kemampuan dan ukur baju di badan sendiri.
“Apa yang penting kena ukur baju di badan sendiri. Kalau anda tak mampu, beli je yang anda mampu. Bagi saya pula, kadang-kadang je tidaklah saya mampu setiap masa.
“Sebab kadang-kadang kita rasa teringin macam ‘cantiklah bag ni, bolehlah beli satu.
“Jadi kita buatlah dua tiga job InsyaAllah boleh. Yang selebihnya kita masukkan dalam simpanan.
“Ia sekali sekala la kita reward diri. Sebab penat kerja kan,” jelasnya lagi.
Bercerita mengenai soal mendirikan rumah tangga pula, ibu kepada dua cahaya itu tidak meletakkan sasaran untuk berkahwib dalam tempoh terdekat.
“Netizen minta saya kahwin, tapi kalau nak kahwin hanya semata-mata untuk puaskan hati dan tutup mulut orang, saya rasa tidak.
“Sebab nanti yang kahwin dan merana tu ialah saya dan bukan orang luar.
“Saya tak berminat untuk berumah tangga buat masa ini. Saya sangat gembira dengan hidup sekarang yang mana saya boleh fokus kerja dan anak-anak saya.
“Jadi saya tidak perlu fikir pasal masalah lain,” akhirinya.