Penulis dan penerbit lagu Casablanca, Daqmie menyuarakan keyakinan kualiti vokal penyanyi lagu berkenaan, Nuha Bahrin akan bertambah baik dalam tempoh masa dua tahun.

Menurut Daqmie, antara faktor Nuha sering melakukan kesilapan sewaktu menyanyikan lagu tersebut secara langsung adalah kerana kurang fokus.

“Tak Perlu Nak Buktikan Apa-Apa Sebab…,” – Terlalu Banyak Fikir Punca Kerap ‘Terkucil’, Daqmie Nasihat Nuha Bahrin Kekal Fokus

“Nyanyian Nuha akan menjadi lebih baik selepas dua tahun. Pegang kata-kata saya. Masalah Nuha sekarang ini, dia terlalu berfikir mengenai cara nyanyian ketika menyanyi atau membuat persembahan.

“Berbeza buat Naufal pula, dia agak ‘lurus’ dan hanya ikut sahaja cara nyanyian yang selalu dia buat. Nuha ni banyak akal sebab dia nak cuba macam-macam cara. Perkara-perkara seperti ini yang mengganggu nyanyiannya.

“Akan sampai satu masa nanti, saya pasti Nuha akan penat nak cuba macam-macam teknik dan dia akan menyanyi seperti mana di studio.

IKLAN

“Dia merupakan anak muda yang sangat bagus dan sentiasa ingin buat yang terbaik. Tak perlu nak buktikan apa-apa lagi sebab dia memang penyanyi yang baik,” katanya kepada MH.

Dakmie berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran album Sahabat Selamanya yang berlangsung di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang pada Rabu.

“Tak Perlu Nak Buktikan Apa-Apa Sebab…,” – Terlalu Banyak Fikir Punca Kerap ‘Terkucil’, Daqmie Nasihat Nuha Bahrin Kekal Fokus

IKLAN

Dalam pada itu, Daqmie atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap turut mendedahkan dirinya kini sedang giat menyiapkan single terbaru yang juga merupakan kesinambungan bagi lagu Casablanca.

“Saya tengah buat lagu yang kedua. Tetapi, buat masa ini saya tidak berasakan sebarang tekanan.

“Tekanan akan datang sekiranya lagu kita tidak menerima sambutan yang baik daripada pendengar,” selorohnya.

IKLAN

“Tak Perlu Nak Buktikan Apa-Apa Sebab…,” – Terlalu Banyak Fikir Punca Kerap ‘Terkucil’, Daqmie Nasihat Nuha Bahrin Kekal Fokus

Terdahulu, album Sahabat Selamanya yang dihasilkan menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) yang diberikan kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) turut menggabungkan empat kumpulan nasyid lagenda iaitu Hijjaz, Inteam, Rabbani dan Mestica.

Album ini turut memuatkan enam buah lagu baru dan empat buah lagu lama yang diberikan nafas baru.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI