“Tak Perlu Nak Maki Atau Hina Balik, Level Kita Lain,”- Ini Cara Beby Maembong Hadap Komen Negatif, Senyum Saja…

Share

Kakak kepada pelakon Emma Mamebong iaitu Beby Maembong sering mendapat kecaman netizen kerana penampilannya yang dikatakan agak seksi. 

Malah, warna rambutnya yang diwarnai dengan merah turut memberikan reaksi yang pelbagai. 

Meski berstatus isteri kepada Nazri dan ibu kepada empat orang anak, Beby tetap tenang menerima komen negatif dari netizen. 

Bagaimanapun, Beby atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail ada menyuarakan pendapatan mengenai kritikan netizen di akaun Instagramnya. 

“Kenapa saya selalu positif walaupun org comment pelik2?

“Bila org fitnah kita.. org pandang rendah dekat kita.. Nampak kita ni hina.. Xpe… KITA SENYUM JE.. Xperlu pon nk kata apa apa… Xperlu nak maki dan hina dia balik pon.. Level kita lain.. And Mmg lumrah manusia nampak yg keburukan shj. Standard la tu kan… 

“So why nak battle? Why nak berbalas? Why nak betulkan? Sebab mereka x dengar pon.. Mereka sentiasa betul.. So be happy.. 

“Biarkan shj apa nk org nk ckp.. Yg penting org yg kita syg tahu siapa kita.. Tu je,” tulisnya. 

“Ramai yang DM Beby macam mana Beby boleh kekalkan semangat positif dan respon secara baik bila berdepan dengan komen negatif.. actually, kita ada pilihan sama ada nak marah, happy or sedih..  

“Kalau marah kita tak dapat apa-apa.. Kalau sedih pun benda dah jadi.. 

“Saya pilih happy untuk jaga hati saya sendiri daripada nak jaga hati orang … better kita move on.. biarlah orang nak komen apa pun,” tulis Beby. 

Terdahulu, Beby pernah dihentam teruk apabila warna rambutnya itu tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu, selain beberapa posing seksi saat melakukan penggambaran. 

Foto : Instagram Beby Maembong 

Published by
Amynur Akmal