Tak Perlu Pening-Pening Bila Nak Sambung Belajar, Kak Ngah Patin Kan Ada!

Share

Setiap daripada kita pasti punyai hasrat dan memasang impian untuk menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT). Malah, para ibu bapa juga sudah tentu ingin melihat anak-anak mereka berjaya sehingga ke menara gading.

Bagaimanapun, umum mengetahui, menyambung pengajian di IPT pasti memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Ada di antara kita yang terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana tidak berkemampuan.

Tambah memilukan, ada juga sesetengah ibu bapa yang terpaksa melakukan lebih daripada satu pekerjaan demi melihat anak-anak mereka dapat meneruskan pelajaran ke menara gading.

Perosalannya sekarang, adakah itu sahaja jalan terbaik yang dimiliki oleh para ibu bapa ini? Jawapannya tentulah tidak, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia membantu.

Cakna mengenai situasi tersebut, PTPTN kini memperkenalkan ikon mereka yang mesra disapa Kak Ngah Patin.

Wanita yang memiliki figura seorang kakak yang sangat baik hati, perihatin dan tahu segalanya mengenai perkhidmatan di PTPTN.

Kak Ngah Patin akan menerangkan kepada anda secara terperinci dan informatif mengenai segala perkhidmatan di bawah PTPTN lebih-lebih lagi bila melibatkan proses pinjaman.

Tanyalah apapun, semua persoalan pasti akan dijawab dengan mudah dan senang faham. Petik jari je. Hebatkan Kak Ngah Patin ni?

Pendek kata, semua peringkat umur pun boleh mesra la dengan Kak Ngah Patin ni. Kalau ada ibu bapa yang tidak pasti atau kurang faham mengenai PTPTN, Kak Ngah Patin boleh tolong jelaskan.

Bagi peminjam yang dah tamat pengajian dan sudah mula bekerja, Kak Ngah Patin ada berita gembira mengenai insentif pembayaran semula pinjaman PTPTN.

Berikut adalah insentif-insentifnya;

Bagi memudahkan urusan peminjam, pihak PTPTN telah pun memudahkan urusan  bayaran balik pinjaman.

Selain di kaunter, pembayaran balik PTPTN juga boleh dilakukan menerusi, Potongan Gaji, Debit Terus, Portal Rasmi PTPTN, E-Wallet, Perbankan Internet, dan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Klik sahaja link ini untuk info lanjut https://www.ptptn.gov.my/secara-online-side

Nak tahu lebih lanjut atau siapakah gerangan Kak Ngah Patin ni, jom layan video ini;

Jangan risau lagi okay, Kak Ngah Patin boleh bantu. Ingat Kak Ngah Patin, Ingat PTPTN!

Published by
Aizam Manaf