Nama penyanyi, Lan Solo yang sebelum ini jarang dikatkan dengan dengan cerita sensasi tiba-tiba menjadi perhatian apabila aksi mesranya bersama bakat baharu yang dikenali sebagai Zetty Rashid mulai diperkatakan.
Perkara tersebut berpunca daripada tindakan spontan keduanya yang berpelukan sejurus saingan program Vokal Mania, Sabtu lalu hingga mendapat reaksi pelbagai netizen.
Menurut Lan, aksi dia memeluk gadis terbabit berlaku secara spontan kerana terkejut dengan kemantapan vokal dan persembahan penyanyi itu yang didakwa sebagai adiknya.
Terdahulu dalam saingan minggu keenam Vokal Mania itu, Zetty sebagai ‘rookie’ menewaskan Lan yang juga ‘idol’ dalam persembahan ‘battle’.
Lan menerusi laporan Harian Metro menjelaskan, dia yang selama ini dianggap sebgai ‘idol’ unggul pada setiap minggu di pentas Vokal Mania akhirnya tumpas di tangan ‘rookie’ seperti Zetty. Namun, dia akur dengan kekalahan tersebut.
“Apapun selama bergelar artis sejak 1999, rasanya saya memang tak pernah ada cerita peluk wanita di pentas persembahan. Jadi, bila saya secara spontan memeluk Zetty, pasti kami ada pertalian.
“Lagipun isteri saya, Sheila ada bersama di program itu. Jadi, takkan saya nak buat perkara kurang manis di hadapannya. Bagi saya, tak ada apa nak disensasikan,” katanya seperti yang dipetik.
Menurutnya lagi, dia lebih selesa memilih tidak berbicara terlalu terbuka berbicara mengenai hubumgan keluarga antara mereka.
Katanya, cukup sekadar orang mengetahui bahawa dia adalah abang, sementara Zetty pula adik.
“Apa yang saya harapkan dan minta kepada netizen supaya menghormati privasi kami. Tidak perlu saya bercerita secara terperinci mengenai hubungan kekeluargaan kami.
“Saya tahu sikap netizen di media sosial yang suka menggali hingga dasar untuk tahu cerita sebenar. Tapi, saya minta hormati peribadi keluarga kami,” katanya.
Hubungan ‘adik-beradik’ antara Lan dan Zetty lebih dahulu diperjelaskan wanita itu selepas baru-baru ini kepada media apabila ditegur netizen yang menyifatkan tindakan mereka sebagai kurang manis.
Program Vokal Mania yang bersiaran di TV3, jam 9.00 malam setiap Sabtu.
Foto: Instagram Lan Solo