Atas dasar perihatin terhadap mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19, pengacara dan penyampai radio, Radin Era berbesar hati memaklumkan dirinya kini sedang berusaha untuk menyediakan bantuan berupa keperluan asas.
Menurut Radin, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, dia telah menerima pelbagai mesej peribadi daripada orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan.
“Assalamualaikum, saya harap amda semua berada dalam keadaan selamat. Saya doakan anda baik-baik sahaja. Kita sekarang ini berada dalam fasa PKP 3.0.
“Saya yakin ramai yang terkesan. Hilang sumber pendapatan dan juga mungkin hilang kerja. Jadi, dikesempatan ini, saya dengan rasa rendah dirinya ingin membantu sesiapa sahaja yang saya mampu.
“Ramai juga yang dm saya minta macam-macam sumbangan. Mungkin kekuatan saya itu terhad dan tak boleh nak bantu ramai orang. Jadi, di sini saya merancang nak sediakan food bank,” katanyanya.
Pengacara program Media Hiburan Throwback ini berkata sedemikian menerusi sebuah video berdurasi hampir dua minit yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Bagaimanapun, bagi merialisasikan misi ini, Radin memaklum dia bakal mengadakan jualan barang-barang peribadinya untuk meraih dana.
“Untuk menyediakan bantuan ini, saya perlukan dana. Perancangan saya untuk mendapatkan dana, saya bercadang untuk menjual beberapa barangan peribadi saya atau pun pre-love items.
“Saya akan jual baju-baju baru saya ataupun yang saya baru pakai sekali dua. Hasil jualan tersebut saya akan belikan keperluan asas seperti beras gula, susu dan sebagainya,” jelasnya lagi.
Penyampai radio Era ini turut menambah, sekiranya usaha tersebut masih tidak mencukupi, dia juga bakal menggunakan sebahagian daripada gajinya bagi menampung misi bantuan tersebut.
Ads
“Kalau jumlah kutipan tak mencukupi, InsyaAllah saya akan gunakan sebahagian gaji saya pada bulan ini untuk tambahkan lagi jumlah bantuan tersebut untuk ringankan lagi beban orang-orang yang terkesan.
“Saya akan cuba apa yang patut. Tak perlu pun jadi kaya untuk buat orang lain bahagia. Ada banyak lagi cara lain. Kita akan buat apa yang termampu,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Radin sentiasa dimurahkan rezeki.
“Terbaik Radin. Awak memang idola anak muda. Good example to all.
Ads
“Good job brother, semoga Allah bantu.
“Semoga dimurahkan rezeki dan sihat selalu. Sentiasa membantu yang susah bro. Sedekah sebanyak yang mungkin.
“Terbaik Din, niat sedekat buat yang dah tiada,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Radin Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi entri terkini di laman Instagram, penyanyi remaja Indonesia, Tegar mengumumkan dirinya telah selamat bernikah bersama wanita pilihan hati yang dikenali sebagai Sarah Sheilka.
Penyanyi berusia 19 tahun yang pernah mencipta fenomena menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang berkongsi perkhabaran gembira itu pada Jumaat.
“Minta doanya buat semua semoga Tegar menjadi keluarga yang samawa amin,” tulisnya.
Sehingga kini, entri tersebut telah menerima lebih 50,000 tanda suka malah turut dihujani hampir 2,000 komen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen termasuklah rakan artis daripada Malaysia dan Indonesia menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi muda itu.
Terdahulu, Tegar memulakan kariernya sebagai penyanyi jalanan ketika usianya baru 11 tahun.
Bagaimanapun, Tegar berjaya mengubah nasib keluarganya apabila single Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang menjadi lagu hits bukan sahaja di Indonesia malah turut berjaya menembusi pasaran di Malaysia.
Sumber: Instagram Tegar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nabil Ahmad mengakui dia akan terasa ‘kehilangan’ apabila tidak lagi mengacakan program MeleTOP bersama rakan hos, Neelofa selepas lapan musim bersiaran bersama.
Malah, tempoh tujuh tahun bergandingan dengan bintang yang dikagumi ramai itu memberi 1001 pengalaman yang berbeza buat dirinya.
“Kenapa saya terasa dengan ‘kehilangan’ Neelofa ini adalah kerana dia seorang yang berbeza. Pada masa sama, saya juga mendapat sebilangan audiens yang lain. Maknanya, audiens Neelofa.
“Audiens dia kenal saya menerusinya. Sebagai contoh, audiens saya akan kenal Jihan Muse, begitu juga sebaliknya. Kami mempunyai audiens peminat yang sama. Akan tetapi dengan Lofa, dia akan jadi lain.
“Macam saya ni misalnya, kita ‘peduli’ crowd. Kita nak satu benda yang berbeza. Malah saya ada mendapat klien yang kenal saya daripada Neelofa. Dia juga mendapat crowd saya. Jadi boleh dikatakan kita sama-sama membantu dalam survival seni ni.
“Itu juga adalah salah satu strategi untuk terus kekal dalam industri. Macam saya, meski nampak ‘gila atau bangang’ bila bersama Neelofa, saya bangga duduk sebelah dia,” katanya kepada MH.
Jelas Nabil lagi, pencapaian Juara Dewi Remaja 2010 di dalam dan luar negara selain dalam dunia bisnes menjadikan wanita asal Kelantan itu sebagai antara selebriti eksklusif yang sukar untuk dibanding-bandingkan.
“Sebab pencapaian dia, saya pun tumpang. Setiap minggu kot saya mengacara dengan dia.
“Malah saya akui bukan senang kita nak cari keserasian dan saya dapat peluang itu. Kalau boleh, saya mahukan rakan hos yang punya pesona seperti dia. Seorang yang elegan dan ada aura kalau boleh.
“Secara jujurnya, kalau ditanya ketika ini, saya tiada nama sesiapa di dalam fikiran,” jelas Nabil.
Terdahulu, Neelofa mengumumkan dirinya tidak lagi akan bersama-sama mengacarakan program hiburan berkenaan yang bersiaran di Astro Ria dan Ria HD kerana mempunyai komitmen terhadap sebuah rancangan baru yang akan bersiaran tidak lama lagi.
Tahniah diucapkan buat bekas pengasuh anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayah Zubit yang telah pun selamat melahirkan bayi sulungnya, 7 Februari lalu.
Menerusi hantaran di Instagram kini menerima lebih 26,000 tanda suka, Dayah memaklumkan khabar gembira buat semua pengikutnya.
Sambil teruja dengan kehadiran permata hati, Dayah turut bersyukur kerana proses bersalinkan putera sulungnya itu dipermudahkan Allah SWT.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah atas amanah & rezeki yang Kau kurniakan. Semoga kami dapat menjaga amanatMu ini dengan baik insya-Allah.
“Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kelahiran anugerah & amanahMu untuk kami pada harini tepat jam 2.41 pagi tadi.
“Terima kasih my love @are9ridzuan for everything and sentiasa buat yang terbaik untuk sayang! Lepasni kita sama-sama buat yang terbaik untuk anak kita pulak yaa.
“Semoga Allah SWT sentiasa berkati segala yang abang lakukan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut pantas dihujani dengan ucapan serta doa yang baik-baik buat Dayah seisi keluarga.
Terdahulu, Dayah yang baru sahaja melangsungkan majlis kesyukuran dan resepsi perkahwinannya yang tertangguh akibat perlaksanaan PKP, dikhabarkan terjatuh dari motorsikal ketika sarat hamil dan menunggu hari bersalin.
Dayah mendirikan rumah tangga bersama suami, pemain bola sepak Terengganu FC 11, Mohamad Ridzuan Razali pada 31 Mei tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!