Nabila Huda menyelar sikap segelintir netizen yang dilihat mementingkan diri dalam suasana yang cukup genting yang melanda negara. Jelasnya, mengapa perlu diborong semua jenis barangan tanpa memikirkan orang lain.
Tegasnya menerusi Insta Story, jelasnya dia hanya membeli barang keperluan asas sahaja untuk keperluan dia dan suami dan itu sudah mencukupi untuk beberapa hari sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.
Luahnya, tiada keperluan membeli berpuluh jenis sayuran dan bahan mentah untuk stok simpanan.
Katanya selepas tiga hari duduk di rumah, dia keluar mendapatkan barangan keperluan namun cukup mengecewakan apabila pasaraya masih penuh dengan manusia dan semua troli dipenuhi pelbagai barangan.
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan melancarkan jenama beg tangannya sendiri hasil kerjasama Zapatos, yang dikenali dengan nama zapatosxrozitachewan tepat jam 3.00 petang semalam.
Pelancaran dan pengenalan kepada projek istimewa bersama suaminya itu telah pun diperkenalkan menerusi media sosial mereka.
Berkongsi mengenai projek berkenaan dengan lebih lanjut, Rozita atau lebih sinonim dengan panggilan Che Ta memberitahu, dia sengaja menjadikan beg tangan bagi meluaskan bidang bisnesnya atas faktor minat dan kuasa beli.
Pada masa sama, Che Ta juga ingin berkongsi apa yang diminatinya buat para wanita.
“Mengapa nak jual beg tangan? Sebab saya minat dan sukakan beg tangan. Pada saya, kalau nak berniaga ni perlulah jual apa yang kita minat, khas untuk wanita di luar sana.
“Malah kalau kita lihat pun, kuasa beli dan pasaran semasa itu lebih banyak produk wanita. Sukar kalau nak jual barangan lelaki. Macam beg misalnya, ada wanita yang macam tak cukup dengan dua tau tiga beg tangan.
“Kalau boleh mahu semua warna dan saiz. Jadi sebab itulah kami setakat ini mengeluarkan lima variasi warna bersama dua rekaan saiz berbeza,” kongsinya kepada MH.
Menyifatkan harga yang dijual berbaloi, Che Ta turut menambah, beg tangan dari jenamanya ini sesuai untuk digayakan setiap wanita.
“Harga bawah RM300. Kalau makan kat restoren besar RM300 tu jadi tahi je tau. Kalau beg tangan ni mungkin tahan lebih tiga tahun. Pembeli boleh dapatkannya secara online,” kata Che Ta dalam nada seloroh.
Berkongsi mengenai saingan di antara sesama rakan selebriti yang terlebih dulu turut melancarkan item sama, Ini reaksi Che Ta;
“Saya tak melihatnya seperti saingan. Ia lebih kepada pembeli ada hak untuk memilih apa yang mereka suka dan ia terpulang kepada cita rasa masing-masing,” akhiri Che Ta yang ditemui pada majlis Nona Superwoman baru-baru ini.
‘Wow’! Itu mungkin ekspresi pertama apabila anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B mendedahkan nilai pakaian yang digayakan, baru-baru ini.
Ketika ditemubual menerusi Instagram rasmi Hot FM beberapa hari lalu, Cik B atau nama sebenanrnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin secara spontan menjawab jujur pertanyaan hos perihal setiap inci harga persalinan yang dikenakan.
Kongsinya, setiap pakaian yang digayakan itu ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit!
“Hari ni, dari atas sampai bawah berapa Cik B Spend,” tanya hos.
“Okay kasut Cik B pakai ini bernilai RM4,000 hingga RM6,000, seluar pula RM700 ke RM1,500 lah, baju-T ni macam RM50, yang kat luar ini RM1,800.
“Beg silang (jenama Gucci) RM6,800 kot dan bagpack ni psecual, RM10,000 hingga RM18,000,” dedahnya sambil menunjukkan setiap pakaian yang digayakan.
Sambil memuat naik foto yang terpampang di dada akhbar, ibu kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail berkongsi luahan, dipercayai susulan konflik yang berlaku terhadap rumah tangga anaknya.
Perkara tersebut dimuat naik Patimah menerusi Insta Stories, pada Rabu.
“Hidupmu hampir hancur. Pulanglah ke pangkal jalan. Sudah jauh tersesat. Pintu kami sentiasa terbuka untukmu. Allah juga maha pengampun,” tulisnya.
Semalam, isteri Syamsul yang juga merupakan pelakon, Puteri Sarah Liyana memaklumkan ibu dan bapa mentuanya sedia menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama Syamsul.
Ia dimaklumkan Patimah kepada Puteri Sarah menerusi satu panggilan termasuk akan memberikan sokongan penuh kepadanya.
Terdahulu, menerusi prosiding permohonan cerai yang berlangsung pada Selasa, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Syamsul enggan melafazkan cerai kerana merasakan hubungannya bersama isteri masih lagi boleh diselamatkan.
Selain kes permohonan cerai, satu lagi kes bakal dijalankan susulan keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan permohonan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar, kakaknya, Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.
Perintah injuksi diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai tahun lalu antara lainnya menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya.
Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya (Puteri Sarah).
Untuk info, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...