Nabila Huda menyelar sikap segelintir netizen yang dilihat mementingkan diri dalam suasana yang cukup genting yang melanda negara. Jelasnya, mengapa perlu diborong semua jenis barangan tanpa memikirkan orang lain.
Tegasnya menerusi Insta Story, jelasnya dia hanya membeli barang keperluan asas sahaja untuk keperluan dia dan suami dan itu sudah mencukupi untuk beberapa hari sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.
Luahnya, tiada keperluan membeli berpuluh jenis sayuran dan bahan mentah untuk stok simpanan.
Katanya selepas tiga hari duduk di rumah, dia keluar mendapatkan barangan keperluan namun cukup mengecewakan apabila pasaraya masih penuh dengan manusia dan semua troli dipenuhi pelbagai barangan.
Kenyataannya turut mendapat reaksi segelintir netizen di ruangan komen.
Namun ada yang menyatakan keperluan setiap isi rumah tidak sama, lebih-lebih lagi yang mempunyai ramai anak.
Apa-apa pun berhemahlah dalam berbelanja.
Foto : Instagram Nabila Huda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Satu-Satunya Tempat Selamat Solat Jumaat Ialah Gaza,” – Di Kala Mekah Kosong Tanpa Jemaah, Gaza Panjatkan Doa Buat Dunia
Tatkala dunia sedang diserang virus Covid-19, sehingga kini Gaza masih bebas daripada sebarang jangkitan.
Menurut sumber, disebabkan masih tiada kes COVID-19 yang dicatat, maka masjid di Gaza masih dibenarkan melakukan aktiviti solat jemaah dan solat Jumaat seperti biasa.
Pelakon, Datin Diana Danielle berkongsi secebis kisah yang cukup syahdu di mana walaupun Gaza menderita kesan sekatan Israel-Mesir, namun negara itu satu-satunya tempat paling selamat untuk menunaikan solat jemaah dan solat Jumaat.
“Received this news from my husband. As the world turned their faces away from Gaza, Right now the only place safe enough to hold Friday prayers is… Gaza. Allahuakbar.
“When even Mekkah is emptied from the world, the most oppressed souls pray for us all. May Allah answer their prayers for freedom, sustenance and a peaceful life,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu keterangan menjelaskan Solat Jumaat tidak perlu diadakan sehingga 31 Mac bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
Foto : Instagram Diana Danielle
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Siapalah Sangka Gadis Dari Pekan Kecil Seperti Saya…,” – Sukses Siti Nurhaliza! Wajah Ayu Terpampang Di ‘Billboard’ Times Square New York
Penyanyi tersohor, Dato Sri Siti Nurhaliza diberi penghormatan apabila wajahnya dipaparkan di papan iklan digital terkenal di New York Times Square, Amerika Syarikat.
Penampilan Siti yang mewakili negara pada papan iklan berkenaan sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL oleh jenama penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang ingin memupuk kesamaan wanita dengan memaparkan artis-artis wanita dari seluruh dunia.
Terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi artis dari 50 negara dan penyanyi Anta Permana itu merupakan salah satu wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Terdapat juga senarai lagu terbaik global EQUAL atau the “best” EQUAL Global Playlist yang menyenaraikan artis-artis Equal dari serata dunia.
“Selepas begitu banyak detik-detik manis dalam industri hiburan, ini mungkin antara yang terindah buat saya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini.
“Melihat wajah terpampang di salah satu tempat paling popular di dunia adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan. Saya sangat bersyukur diberi peluang ini seperti beberapa penyanyi wanita Malaysia lain yang pernah mendapat kesempatan ini,” katanya.
Siti pada masa sama terus berazam untuk optimis memberikan yang terbaik buat semua peminatnya.
“Saya harap saya akan dapat terus memenuhi harapan para peminat dengan menghasilkan lebih banyak karya yang hebat. Saya juga berharap ini akan memberi inspirasi kepada ramai anak gadis di luar sana untuk terus berusaha dan jangan berhenti mengejar impian.
“Siapalah sangka seorang gadis dari sebuah pekan kecil seperti saya satu hari nanti dapat mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Jika anda berusaha tiada yang mustahil,” katanya lagi.
Siti Nurhaliza bukanlah satu nama asing buat rakyat Malaysia. Namanya bukan sahaja sudah dikenali di tanah airnya sendiri tetapi juga di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan beberapa bahagian lain di dunia.
Wanita asal Kuala Lipis ini mula mencuri perhatian selepas menyertai arena muzik tempatan pada tahun 1995. Sejak itu, suaranya yang luar biasa terus mencetus fenomena dunia hiburan sehingga dirinya dimartabatkan sebagai penyanyi nombor satu negara.
Dengan lebih 20 buah album, ratusan anugerah tempatan dan antarabangsa, aneka konsert mega termasuk persembahan gah di Royal Albert Hall di London, Siti Nurhaliza sememangnya layak menerima penghormatan ini.
Dirahmati dengan suara yang unik dan keperibadian yang menyenangkan, Siti yang kini bergelar isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata terus mengukuhkan kedudukannya dengan pembabitan dalam pelbagai projek profesional serta kebajikan serantau.
Siti juga menjadi bintang Malaysia kelima untuk menghiasi papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan DOLLA dan Iman Troye.
Menerusi Instagram, Siti turut menitipkan dedikasi bersempena dengan berita gembira berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bayi Dalam Dukungan Saya Antara Yang Ditinggalkan Dalam Keadaan Masih Merah, Baru Dilahirkan…,” – Neelofa
Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa tampil melakukan kerjasama istimewa Naeloar (Naelofar Kindness Box) bersama OrphanCare Foundation khusus bagi memberikan perlindungan kepada bayi yang tidak bernasib baik.
Menerusi sebuah video terkini yang dikongsikan hos Next To Neelofa itu di Instagram, Neelofa memberi penerangan serba sedikit mengenai khidmat yang ditawarkan daripada organisasi berkenaan.
“Saya berkesempatan ke @orphancare.foundation hari ini. Perjuangan yang mereka lakukan membuatkan saya terasa diri ini kerdil.
“Bayi dalam dukungan saya ni antara bayi ditinggalkan dalam keadaan masih merah dan baru sahaja dilahirkan dan rupanya tali pusat masih bersambung dengan uri disebalik kain & urinya diletakkan dalam bag.
“Bayangkan, dengan keadaan baby yang masih merah itu ditinggalkan sendirian. Tapi apa yang baiknya, bayi itu telah dibawa ke hospital dengan segera oleh petugas @orphancare.foundation.
“Apa sebenarnya yang jadi kepada bayi? Kenapa ibu dia meninggalkan anaknya? Tak ada siapa tahu tetapi ibunya telah membuat keputusan betul dengan meletakkan baby di tempat sepatutnya dan tidak membuangnya di tempat yang bukan-bukan,” tulis Neelofa menerusi ruangan kapsyen.
Malah, khidmat yang diberikan turut diberikan kepada bakal ibu yang bakal bersalin.
“Jika ada di luar sana yang ada masalah sebegini, OrphanCARE bukan hanya terima bayi terbuang, tapi mereka juga ada tawarkan perlindungan kepada bakal ibu sampailah mereka selamat bersalin.
“Jika ada antara anda yang tak mahu menjaga bayi anda, tinggalkan saja di baby hatch yang dibuka setiap sehari. Jika anda perlukan bantuan, boleh datang ke OrphanCARE dan mereka akan bantu sehingga anda melahirkan bayi, Insya-Allah.
“Kempen Naelofar Kindness Box juga menyumbang untuk @orphancare.foundation sempena bulan kelahiran Lofa. Dengan setiap pembelian, RM5 akan diserahkan kepada OrphanCARE untuk mereka meneruskan kerja baik mereka dalam menyelamatkan bayi.
“Semoga usaha kecil yang saya dan @naelofar lakukan dapat membantu serba sedikit perjuangan @orphancare.foundation untuk melindungi banyak lagi nyawa kecil yang tidak bersalah, Insya-Allah,” jelasnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis serta peminat memuji inisiatif yang dilakukan pihak berkaitan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI