Bintang realiti, Mat Redho atau nama sebenarnya Redha Rozlan berkongsi foto dia mengibarkan jalur gemilang di atas podium dipercayai setelah memenangi pertandingan Ninja Challenge League di Perth Australia baru-baru ini.
Katanya, sebagai rakyat Malaysia, dia sentiasa berbangga untuk mengibarkan jalur gemilang di atas podium.
“Alhamdulillah. Setakat ni je yg saye mampu. Terima kasih pada wife yg selalu teman n jerit sambil dukung kids kami.
“Kami ada tabung sendiri untuk keluar negara..macam biasa..kalau nak ke competition luar pasti pecah tabung punya..dalam masa sama xpernah pun putus asa cuba nasib untuk ditaja.
“Tak pernah aku lupe bawa kain jalur gemilang ni kemana²..walau pun kecil tapi berat beban nak galas..Alhamdulillah podium.
Ads
“#WinningMentality Congrats to @jake.murray and @cam_dsilva both of you did very well and of coz super ninja’s.. Hope can see you around the ninja competition again haa.
“Hope to see you again next year. #nclfinals2018,” tulisnya di Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Mat Redho juga turut berkongsi video dia melakukan cabaran-cabaran sukar dalam program tersebut.
“-Final- Alhamdulilah competition is over. It’s a super nice experience for us with american ninja warrior , germany ninja warrior, australian ninja warrior, Singapore Ninja competitors and other international ninjas.
“The competition run so professional and world class level. Hope to see you again next year,” tulisnya.
Penyanyi dan penulis lagu, Asfan Shah berkongsi khabar gembira selepas memaklum isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka pada Sabtu.
Menurut Asfan, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana segala urusan isterinya saat melahirkan cahaya mata perempuan itu telah pun dipermudahkan.
“Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Isteri saya telah selamat melahirkan baby ke 4 kami malam semalam.
“Thank you pada semua yang mendoakan. Paling best mommy dah ada kawan dah lepas ni, nak gi shopping nak gi nursery, nak gi pasar. Hihi.
“Selamat datang sayang daddy si baby girl. 3 imam 1 ma’mum untuk family ni. Khalas,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Sumpah Cintaku itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Asfan turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga anaknya itu membesar dengan baik dan sihat.
“Alhamdulillah, congrats Abang Asfan dan Kak Ain.
“Congrats Asfan and Ain.Baby Girl on board.
“Alhamdulillah, tahniah My Man. Semoga zuriat ini berjaya di dunia dan akhirat serta membahagiakan kedua ibu-bapanya kelak.
“Welcome to the world baby girl,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Asfan telah pun mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Ain Sakinah pada tanggal 23 Ogos 2013.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun terlebih dahulu dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Ali Haytham Shah, Ali Wakeel Shah dan Ali Binyameen Shah.
Sumber: Instagram Asfan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah kali terakhir datang ke Malaysia pada tahun 2013, band popular Indonesia, Gigi akhirnya kembali mengubati kerinduan peminat setia yang hadir ke konsert Gigi Nakal Di Kuala Lumpur yang berlangsung di The Zepp KL, malam tadi.
Bermula 8.30 malam, hampir kesemua ruangan di Zepp KL dipenuhi oleh peminat yang sudah tidak sabar untuk melihat band asal Bandung, Indonesia itu beraksi.
Pihak media pula telah pun diberikan keistimewaan untuk menyaksikan Gigi dengan lebih dekat untuk lagu yang pertama.
Gelanggang ‘Nakal’ dibuka dengan lagu-lagu popular iaitu Ooo…Ooo…Ooo, Terbang, KYK dan Damainya Cinta, seleksi awal tersebut nyata telah menaikkan adrenalin para peminat yang sudah berkampung di sana sejak petang.
Perbualan pertama diantara vokalis Gigi, Armand Maulana dengan para penonton bermula dengan satu permohonan maaf.
Menurut Armand, dia sedikit kecewa kerana pada saat-saat akhir, dia telah diserang sakit tekak yang agak teruk sehingga menyebabkan nyanyiannya terganggu.
“Sudah sembilan tahun kami tidak kota tercinta ini. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf yang sebesar-besarnya kerana tidak berada dalam kondisi yang sihat.
“Saya mengalami gejala batuk yang teruk. Yang beragama Islam, saya minta anda selawat agar saya dapat menyanyi hingga ke akhir komsert.
“Kalau ada masalah pada suara saya, saya akan hulur mikrofon dan bantulah saya menyanyi. Saya tak kisah andai anda mengkritik saya di media sosial kerana ini memang silap saya,” katanya.
Bagaimanapun, keadaan tersebut dilihat langsung tidak menjejaskan persembahan Gigi sebaliknya mereka tampak lebih bersemangat untuk tidak menghampakan para peminat yang sudah membeli tiket.
Semangat tidak mengalah yang ditunjukkan oleh Armand itu sememangnya wajar diberikan pujian.
Kemeriahan Konsert Gigi tidak terhenti di situ selepas vokalis band popular Indonesia, Cokelat, Kikan Namara turut membuat kemunculan istimewa dengan menyanyikan lagu Andai.
Jelas Kikan, dia menyifatkan Gigi sebagai sebagai band idola yang telah banyak memberikan tunjuk ajar sejak awal Cokelat ditubuhkan.
Usai merawat rindu, suasana yang tadinya gamat berubah menjadi ‘galau’ apabila Gigi membawakan lagu-lagu yang menjentik emosi para penonton seperti My Facebook, Hinakah, Bisa Saja dan Janji.
Seperti yang MH katakan tadi, suara Armand nyata tidak berubah secara ketara meskipun ketika membuat persembahan secara akustik.
Sewaktu membawakan lagu Setia Bersama, Armand sempat menyatakan harapan agar Indonesia dan Malaysia akan sentiasa mempunyai hubungan yang baik dan sentiasa bersatu di bawah satu rumpun.
“Daripada dulu sampai sekarang, ada sahaja pihak-pihak yang membuat provokasi dan inginkan pergaduhan. Lagu ini saya persembahan buat kita sesama saudara.
“Kita boleh berbeza pandangan tetapi haris tetap setia, bersama dan menyayangi,” kongsinya lagi.
Menutup persembahan, seluruh dewan gamat dan penonton turut sama-sama menyanyi tatkala lagu 11 Januari dan Nakal.
Konsert Gigi Nakal Di Kuala Lumpur anjuran Tanjak Global dengan kerjasama Yolo Malaysia.
Sekadar informasi, Gigi telah ditubuhkan secara rasmi pada 1994 dan telah pun memiliki lebih 15 album.
Gigi dianggotai oleh Armand (vokalis), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (base) dan Hendy (drum).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Photo kredit: Tanjak Global
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kejayaan luar biasa lagu Pujaanku hasil kolaborasi bersama penyanyi, Aisyah Aziz bukanlah sesuatu yang baru buat band, Kugiran Masdo.
Masakan tidak, Kugiran Masdo juga telah banyak menghasilkan lagu-lagu hits yang meraih jutaan pendengar seperti Pujaanku, Dinda dan Bunga sehingga berjaya menembusi pasaran di negara-negara jiran.
Menurut vokalisnya, Ali Sariah, kesemua lagu yang ditulis lebih tertumpu kepada soal rasa agar ia mampu menambat jiwa para pendengar.
“Pujaanku berjaya menjadi lagu Melayu yang paling banyak distrim dan band nombor satu di Sportify ketika ini. Setiap hari, ia distrim lebih 40,000 kali.
“Tiada ramuan pun sebenarnya. Kita pun tidak meletakkan sebarang perancangan dalam penghasilan lagu. Ia lebih kepada soal rasa.
“Kalau bercakap tentang komposer atau penulis lagu, bila mereka hasilkan sesebuah karya, ia harus sampai ke jiwa pencipta terlebih dahulu sebelum ke jiwa orang lain.
“Mungkin disebabkan lirik dan melodi itu sendiri yang membuatkan para pendengar tersentuh. Malah, lagu kami pun banyak berdasarkan realiti kehidupan,” katanya kepada MH.
Kugiran Masdo ditemui media ketika majlis mengumuman kolaborasi band tersebut bersama jenama skuter popular United Kingdom, Royal Alloy yang berlangsung di Glasshouse, Seputih, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa sama, Ali turut menzahirkan rasa syukur selepas satu per satu lagu mereka berjaya menempa kejayaan.
“Bila sesebuah lagu itu berjaya sampai ke jiwa pendengar, itu yang membuat ia itu mempu bertahan lama dan menepati kritiria untuk menjadi ‘evergreen’.
“Seperti lagu Dinda, saya pun tak tahu di mana magisnya sampai viral berulang kali di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Ia seperti satu fasa yang tak habis.
“Malah, dari segi data pendengar, Dinda merupakan lagu yang paling banyak distrim di seluruh dunia. Perasannya memang luar biasa. Kami hanya usaha, Allah yang bagi rezeki,” ulasnya lagi.
Sementara itu, pemain bass, Putuceri pula akui terharu dengan sokongan tanpa henti yang ditunjukkan para peminat sehingga hari ini.
“Kalau kami mengikut kehendak orang luar, mungkin kami tidak akan berjaya menghasilkan karya yang memuaskan. Saya juga tak mampu nak berterima kasih kepada para peminat.
“Sama ada kami lancarkan lagu atau merchandise, mereka tunjukkan sokongan luar biasa. Disebabkan mereka pengaruh Masdo tersebar luas,” katanya.
Terdahulu, Royal Alloy Kugiran Masda bakal melancarkan skuter edisi terhad yang diberi nama ‘Dinda’.
Untuk fasa pertama, Skuter Dinda bakal dihasilkan sebanyak 50 unit dan ia juga bakal menjadi ‘collectable items’.
Pembeli juga akan berpeluang untuk muncul di dalam muzik video lagu Kugiran Masdo yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia sukan dikejutkan dengan kematian tragis Sophie Hediger, atlet luncur papan salji Olimpik Switzerland yang terkorban akibat kejadian lungsur salji di Resort Arosa, Switzerland...