Teruja meraikan ulang tahun kelahiran pertama buat cahaya mata sulung, pelakon Betty Rahmad dan suami, Ardy Damis bertungkus-lumus menyediakan persiapan untuk majlis anak kesayangan.
Kongsi Betty menerusi Instagramnya, dia turut menyediakan kek istimewa yang dihiasi buah strawberi dan limpahan cheese.
Sementara itu, suaminya pula menyediakan dekorasi hiasan untuk majlis yang diraikan di kediaman mereka.
Malah, Betty mendedahkan bahawa itu merupakan kali pertama dia menyediakan kek.
“Ardy Wira’s 1st birthday celebration with Mummy & Daddy.
“Akhirnya berjaya edit video ni. What a beautiful memories. My first ever cake for my son 1st birthday.
“Tak pernah bake cake seumur hidup so i made this healthy Strawberry Cheese Cake for him. Healthy means no sugar, salt and pewarna.
“Itu yang mencabar sebenarnya. Daddy pulak seksa setup deco and everything tiba-tiba hujan.
“Tapi yang penting hilang semua penat bila tengok anak happy non stop makan his first cake. So much love for him.
“May Allah protect you always sayangku! Mummy & Daddy loves you,” tulisnya.
Menerusi video berdurasi lima minit itu, memaparkan aksi dan gelagat Betty sekeluarga untuk meraikan ulang tahun kelahiran Ardy yang pertama.
Teruja dengan sambutan yang diadakan secara kecil-kecilan itu, Betty tidak melepaskan peluang merakam setiap gelagat yang dilakukan Ardy.
Terdahulu, Betty selamat melahirkan Ardy pada 19 January 2019 seberat 3.26kg.
Betty dan suami mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018.
Foto/ Video : Instagram Betty Rahmad