Pelakon Shukri Yahaya mencuri perhatian ramai apabila berkongsi beberapa keping foto sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini bersama keluarga yang turut memaparkan isterinya, Tya Adnan yang kini tampil mengenakan niqab.

Menurut Shukri, perkongsian tersebut hanyalah untuk merakam detik manis bersama insan tersayang dan dia menyambut baik segala komen yang ditinggalkan peminat di media sosial.

“Tak Pernah Bangga Atau Rasa Bagus,” – Foto Isteri Kini Berniqab Jadi Sorotan, Shukri Yahaya Tak Dibuai Pujian ‘Suami Sempurna’

“Saya jarang berkongsi perihal keluarga di media sosial. Jadi, hari raya merupakan waktu yang sesuai untuk saya berkongsi momen-momen bersama mereka.

“Bila ramai yang memberikan komen, saya rasa mereka hanya mahu meluahkan rasa rindu untuk melihat keluarga saya. Jadi, saya tak anggap ia satu perkara yang negatif.

“Namun, ada juga yang bercakap atau memberikan komen-komen yang tidak perlu. Saya tidak padam pun komen tersebut. Saya biarkan sahaja,” katanya kepada MH.

Ads

Tolak Adegan Bersentuhan

Dalam pada itu, ramai yang memberikan reaksi baik terhadap perkongsiannya, selain ada yang berpendapat adalah lebih baik sekiranya Shukri juga lebih peka dalam soal pemilihan watak serta batas pergaulan dalam lakonan.

“Tak Pernah Bangga Atau Rasa Bagus,” – Foto Isteri Kini Berniqab Jadi Sorotan, Shukri Yahaya Tak Dibuai Pujian ‘Suami Sempurna’

Jelas pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga ini, dia sudah lama mengambil pendekatan untuk tidak lagi melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.

“Saya sudah tiada berlakon adegan berpegangan tangan. Saya akan terus beristiqomah dan menjaga hati isteri saya.

Ads

“Saya mengharapkan doa daripada kalian juga,” ujarnya yang turut memberikan reaksi apabila ada yang memujinya sebagai suami yang sempurna.

Shukri bagaimanapun menjelaskan, dia tidak merasakan dirinya hebat atau lebih baik berbanding orang lain.

“Tak Pernah Bangga Atau Rasa Bagus,” – Foto Isteri Kini Berniqab Jadi Sorotan, Shukri Yahaya Tak Dibuai Pujian ‘Suami Sempurna’ “Tak Pernah Bangga Atau Rasa Bagus,” – Foto Isteri Kini Berniqab Jadi Sorotan, Shukri Yahaya Tak Dibuai Pujian ‘Suami Sempurna’

Sebaliknya, dia menjadikan setiap pujian itu sebagai peringatan untuk sentiasa menjaga maruah keluarga.

Ads

“Saya tak pernah bangga atau merasakan diri ini bagus. Hal seperti ini hanya mengingatkan saya walau apapun yang saya buat atau ke mana saya pergi, saya akan ingat pada keluarga, isteri dan anak-anak.

“Apa sahaja yang saya buat, akan beri kesan kepada mereka. Saya tak nak mereka lalui hal-hal yang tak baik,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, filem terbaru lakonannya, Blood Brothers: Bara Naga bakal ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 10 April ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Kredit Foto: Instagram Shukri Yahaya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI