Bersempena dengan Hari Ibu yang disambut semalam, penyanyi, Misha Omar ada menitipkan ucapan istimewa buat ibu mentuanya.

Jelas Misha, dia berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang sangat penyabar dan tidak pernah berhenti untuk menyayangi apa adanya.

Katanya lagi, ibu mertuanya itu juga sangat memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

“Kalau tadi kak mitch cerita pasal Kak Nak, ni pulak omak montuo den, Kak Mah. Kak Mah ni sangat sabar orangnya.

“Kenapa kak mitch cakap Kak Mah ni sabar sebab Kak Mah tak pernah berhenti cuba mencintai, menyayangi, memahami seniman seperti saya dan redha dengan segala kekurangan yang ada pada saya.

Ads

“Itu juga saya kira tak mudah. Ekau tak payah la po’i tanyo dio apo kekurangan den pulakkk, den balunnn karanggg,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Sampai Bila itu menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.

“Tak Pernah Berhenti Cuba Mencintai & Reda Dengan Segala Kekurangan Saya,” -Faham Kerjaya Anak Seni, Misha Omar Sifatkan Jasa Ibu Mentua Terlalu Besar “Tak Pernah Berhenti Cuba Mencintai & Reda Dengan Segala Kekurangan Saya,” -Faham Kerjaya Anak Seni, Misha Omar Sifatkan Jasa Ibu Mentua Terlalu Besar “Tak Pernah Berhenti Cuba Mencintai & Reda Dengan Segala Kekurangan Saya,” -Faham Kerjaya Anak Seni, Misha Omar Sifatkan Jasa Ibu Mentua Terlalu Besar

Ads

Dalam pada itu, Misha turut menyifatkan jasa ibu mertuanya itu amat besar buat dirinya lebih-lebih lagi dalam membesarkan suaminya itu.

Dikesempatan itu juga, Misha turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ibu mertuanya itu.

“Doakan omak den ni yo? Jasa omak den ni terlalu bosar den nak koba mak aiii. Dia lahirkan dunia dan syurga den yang nun jauh di Sydney sinun @firosezzwan . Tak tau den nak balas camano do.

Ads

“Okay, den tau den bolum lulus lagi nak cakap nismilan. Den cubo jo..takpo yo?den tak mau cakap banyak lagi.

“Jangan lupa yo doakan omak den, Kak Mah ni. Semoga sihat selalu dan kami semuo hidup harmonis sayang menyayangi antara satu sama lain,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Misha dan suaminya, Firos Ezzwan Rossly telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 2 Mei 2014.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Idris Ezzwa.

Sumber: Instagram Misha Omar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI