Penyanyi Elizabeth Tan mencabar dirinya mendaki Bukit Broga baru-baru ini.
Kongsi penyanyi lagu Semua Sudah, aktiviti berkenaan merupakan pengalaman pertama yang dilakukannya.
“Broga! Lizzy tak pernah pergi hiking dan lizzy rasa hiking atas Broga ni merupakan kali pertama dan juga terakhir lizzy gi hiking hahahahaha.
“I’m too clumsy for this!! susah sikit nk amek footage sooo… ada ni je. heheh apa2 pun, hope u guys like this vlog! loll,” tulis Lizzy yang merakam momen di puncak Bukit Broga.
View this post on InstagramA post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on
View this post on InstagramTolong comment inspirational quote yg sesuai utk gambar ni 😂😂😂
A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on
Sementara itu, netizen memuji daya ketahanan penyanyi berusia 25 tahun ini menerusi ruangan komen di entri tersebut di Instagram.
Nyata, kebolehan dan kecekalan Lizzy berjaya hingga ke puncak bukit. Syabas!
Video : Instagram Elizabeth Tan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mati-Mati Ingat Tongki Budak Tebing,” – Wajah Mirip Aedy Ashraf? ‘Ubi’ Muda Kedah Jadi Perhatian
Gara-gara muka dikatakan mirip pelakon drama siri popular,Budak Tebing, Eddy Ashraf, nama pemain bola sepak remaja Kedah, Mohd Aiman Afif Md Afizul kini menjadi bualan hangat warga net.
Ia susulan, selepas gambarnya ketika menjalani sesi latihan tertutup fasa 1 bersama skuad Lang Merah tular menerusi akaun Facebook FA Kedah pada Rabu.
'BUDAK JITRA' TARIK PERHATIAN BUKAN HANYA PEMINAT BOLASEPAK KETIKA PKPP MALAH PEMINAT DRAMAAlor Setar, Rabu – Peminat…
Posted by FA Kedah on Wednesday, 24 June 2020
Menerusi pengendali akaun terbabit, Mohd Aiman yang kini mendapat jolokan nama ‘Budak Jitra’ itu merupakan sorang pemain yang sangat berdisiplin dan berbakat.
Malah, prospek muda itu turut tersenarai antara pemain terbaik negara bawah 19 tahun.
“Selepas hanya beberapa minit foto pemain ini dimuat naik ke ruangan status FA Kedah, ramai peminat memberi sokongan positif dan motivasi buat beliau.
“Setakat ini beliau berdisiplin tinggi dalam menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan antara pemain berbakat dalam bolasepak sahaja sehingga disenaraikan antara pemain Bawah 19 Tahun Malaysia,” tulis pengendali akaun tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan wajah pemain ini saling tak tumpah dengan watak Tongki yang dilakonkan oleh Eddy Ashraf.
Menurut laporan Berita Harian, Aiman dikatakan bakal kekal menyarung jersi Kedah sehingga tahun 2024 dengan klausa pelepasan dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
Sumber: Facebook Kedah FA & Instagram Aiman Afif
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah, Kami Masih Maintain Slim,”- Saharul Ridzwan ‘Edit’ Gambar Kasi Nampak Kurus, Viral Terus!
Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan ada memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menghiburkan apabila pelakon berusia 30 tahun itu berkongsi gambar dia bersama si isteri yang telah disunting untuk kelihatan kurus.
Bagaimanapun, foto raya yang dirakam pada Syawal kelima itu disunting dengan jelas hingga masing-masing jadi ‘ramping yang amat!’.
“Alhamdulillah, raya ke 5 kami masih maintain slim,” tulisnya pada posting yang sudah pun meraih lebih 100,000 tanda suka itu.
View this post on InstagramAlhamdulillah, raya ke 5 kami masih maintain slim. 😊
A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on
Lantas, gambar yang dikongsi bintang drama Jangan Benci Cintaku itu juga dihujani dengan pelbagai komen humor peminat.
Rata-rata dari mereka berasa terhibur apabila melihat gambar berkenaan yang kelihatan sangat kelakar.
Alahai, ada-ada sahaja gelagat Saharul yang menghiburkan hati peminat. Kelakar kan?
Untuk rekod, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali,2 tahun.
View this post on InstagramGambar terbaik kami sekeluarga. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ❤️
A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on
Foto : Instagram Saharul Ridzwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dilahirkan Dengan Sihat, Sempurna Dan Comel. Saya Pun Dalam Keadaan Baik,” – Tahniah! Mon Ryanti Selamat Bersalin Bayi Lelaki
Tahniah diucapkan buat pelakon, Mon Ryanti yang telah pun selamat bersalin anak ketiganya, 7 Mei lalu.
Bayi lelaki seberat 3.30 kilogram itu dilahirkan pada jam kira-kira 11.29 malam, ketika umat Islam di negara ini menyambut Ramadan yang ke-14.
Sambil merakamkan rasa syukur, berita gembira itu turut dikongsikan pemilik nama lengkap Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee ini menerusi Instagram.
View this post on InstagramA post shared by ᴴᵃʳʸᵃⁿᵗⁱ ˢᵃʰᵘᵈⁱⁿᵃ ᴸᵉᵉ (@monryanti) on
“Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin Allah SWT.
“Alhamdulillah, #BabyHH3 dilahirkan dengan sihat, sempurna dan comel. Saya pun dalam keadaan baik.
“Tq my lovely husband, family, in- law, doc, nurse2, kawan2 and semua yang banyak bagi sokongan dan mendoakan keselamatan dan kesihatan #babyHH3 and me.
“Baby Weight = 3.30 KG
Week Born = 39 Weeks
Gender = Boy 👶
Time = 11.29pm
DOB =
07 | 05 | 2020
bersamaan
14 Ramadan 1441AH,” tulisnya.
Bintang filem Nongkrong dan Jangan Pandang Belakang Congkak ini juga ada berkongsi pengalamannya yang terpaksa melahirkan anak ketiganya itu di Johor Bharu atas situasi semasa yang berlaku ketika ini.
Perkongsian tersebut dikongsikan menerusi platform sama.
View this post on InstagramA post shared by ᴴᵃʳʸᵃⁿᵗⁱ ˢᵃʰᵘᵈⁱⁿᵃ ᴸᵉᵉ (@monryanti) on
View this post on InstagramA post shared by ᴴᵃʳʸᵃⁿᵗⁱ ˢᵃʰᵘᵈⁱⁿᵃ ᴸᵉᵉ (@monryanti) on
Terdahulu, Mon Ryanti mendirikan rumah tangga bersama suaminya,Mohd Hasrul pada September 2014. Sebelum ini keduanya sudah pun dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Foto: Instagram Mon Ryanti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI