Baru-baru ini, hos terkenal Nabil Ahmad dan isterinya, Zira Ayub telah berkongsi pengalaman sepanjang melalui fasa mengandung atau hamil ‘orang rumah’.
Pasangan ini telah mendedahkan hal berkeaan menerusi IG TV majalah Pa&Ma baru-baru ini.
Dedah hos Gegar Vaganza ini, dia sangat bersyukur kerana si isteri tidak mengalami sebarang gejala alahan teruk sepanjang mengandung ketiga-ketiga anaknya.
“Dia punya kelebihan bila dia mengandung dia tak ada masalah apa-apa dan dia macam sama sahaja.
“Dia tak ada muntah, dia tak ada pening, dia tak ada moody, dia sama cuma yang lain perutnya saja.
Ads
“Dia juga tak pernah mengidam nak makan arang ke, nak sabun. Tapi kalau dia nak saya bagi. Nak juga tengok apa hasilnya kalau dia makan sabun dengan arang, nak juga saya hidangkan,” seloroh Nabil sambil di samping Zira.
Lebih mengagumkan, Zira juga digambarkan sebagai wanita yang berdikari.
Ads
“Tapi itulah tak ada tengok benda- benda macam tu, tapi semenjak dia mengandung saya selesa.
“Anak pertama, kedua, ketiga macam tak ada hal. Siap boleh drive pergi rumah mak dia kalau saya kerja.
Ads
“Dia bagus. InsyaAllah next baby boy saya rasa lagi tak ada masalah,” kata Nabil menerusi rakaman video tersebut.
Sekadar informasi, Nabil mendirikan rumah tangga bersama Nazirah Ayub pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga orang anak bernama Naera Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.
Video: Instagram Pa&Ma
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, filem berjudul Ali & Ratu Ratu Queens yang ditayangkan menerusi platform penstriman Netflix telah mendapat perhatian meluas daripada penonton.
Rata-ratanya memuji jalan cerita filem yang mengisahkan mengenai hubungan kasih sayang seorang anak terhadap ibunya.
Lalu, ramai yang memberi reaksi terhadap filem tersebut termasuk hos, Karl Shafek.
Menurutnya, filem yang menerapkan nilai murni itu lebih bagus ini dengan karya tempatan atad mesejnya yang lebih luas.
Hubungan cinta itu tidak hanya tertumpu kepada hubungan sesama kekasih selain pelbagai aspek lain yang menyokong penghasilan sesebuah naskhah.
“FAKTA: @alidanratuqueens terlalu jauh dan bagus untuk kita bandingkan dengan karya kita yang cintanya hanya untuk kekasih sama sebaya atau mesej ringan atau yang tak tau apa mesejnya pun, atau aksi tembak bang bang boom, atau yang terlalu mencuba untuk menyampaikan mesej yang kononnya art berat yang cuma dapat difahami kelompok yang kecil.
“Kita lupa cinta itu bukan hanya untuk pasangan kekasih, kita lupa komedi itu bukan hanya lawak bodoh, kita lupa lokasi bukan hanya “background” untuk nampak gah dan kita lupa yang santai itu bukan semunya tak bagus,” tulisnya.
Bintang berusia 41 tahun ini turut berkongsi mengenai situasi sering berlaku dalam industri perfileman lokal.
“Yang kita tahu, hari ni tulis skrip, esok shooting, lusa keluar tv/panggung, tulat dapat duit. Kita lebih suka dengar feedback dari circle kita sahaja yang akan sedia puji melambung-lambung kerana favouritism atau kerana ada “udang disebalik batu”.
“Mungkin ada cadangan yang benar-benar baik tetapi kita hanya akan masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sebab kita ada “perasaan” kitalah sahaja yang paling hebat dan pendapat orang lain boleh pergi mati.
“Ali & Ratu Ratu Queens ada fokus, ada santainya, ringan tapi ada mesej berat, ada gelak ketawa tangisnya, ada banyak lagi rasa yang sedap-sedap.
“Hiduplah kita dengan berjuta alasan-alasan aneh dan sikap superior kita menuju ke persada dunia dan yang paling penting ke Oscar yang kita buru-buru itu. Lepas ni kita sambung buat muka jebik semula bila penonton kata tak tengok cerita kita,” tulisnya lagi.
Saingan suku akhir program realiti, Kilauan Emas 2024 malam tadi menyaksikan penguasaan peserta wanita apabila tiga tempat teratas menjadi milik Ina di kedudukan pertama dengan 76.54%.
Sue dan Gie masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga dengan 74.51% dan 72.98%.
Manakala Ron pula memenangi hati penonton dengan menjadi pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week.
Sementara itu, persembahan kurang konsisten menyebabkan Budin diumumkan sebagai peserta tersingkir dengan markah paling corot di kalangan tujuh peserta lain iaitu hanya 41.74%.
Langkah Bergaya Ina, Pujian Datuk Hattan Jadi Inspirasi
Mengulas mengenai kualiti persembahannya, Ina bersyukur kerana juri berpuas hati sekaligus optimis untuk memberikan yang lebih baik, pada peringkat separuh akhir Ahad depan.
Bagaimanapun, Ina akui para peserta lain juga kian memberi cabaran yang cukup hebat.
“Walaupun tidak berapa sihat, namun saya cuba untuk kuatkan semangat. Show must go on. Malah perasaan gugup itu sudah ada sebelum buat persembahan lagi.
“Kita memang tidak boleh lari daripada rasa gementar sebab saya bukanlah penyanyi profesional yang sering membuat persembahan secara langsung.
“Namun syukur semuanya dipermudahkan. Dapat komen yang positif daripada Datuk Hattan memang memberikan saya semangat. Segala input juri saya akan ambil dan serap, insyaAllah,” katanya.
Malam tadi, Ina memberikan persembahan bersahaja tetapi menyakinkan menerusi lagu Selangit yang dipopularkan oleh Mas Idayu.
Berikut senarai kedudukan para peserta mengikut ranking peratusan markah;
Nyanyian Dari Hati Gie Sentuh Jiwa Ramai
“Saya rasa kalau Liza Hanim ada di sini dia sudah berdiri dan tepuk.”
Demikian penilaian yang diberikan juri jemputan, Jaclyn Victor sejurus Gie selesai membuat persembahan menerusi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga.
Meskipun momentum persembahan Gie menurun di penghujung lagu kerana terlupa lirik, namun penjiwaan yang disampaikan berjaya memikat hati juri.
Malah Gie turut kelihatan sebak kerana mengakui dia merindui ahli keluarga yang sudah lebih dua bulan tidak berjumpa.
“Bila kita buat panggilan video, ia tak akan sama bila kita berjumpa. Saya tak mahu nangis, sebab memang mudah sensitif apabila bercakap mengenai keluarga.
“Suami dan anak-anak tidak berkesempatan untuk datang menonton persembahan saya di sini kerana mereka jauh di Mersing, Johor.
“Saya sendiri pun tak sangka apabila produksi tayangkan video montaj keluarga sebelum saya menyanyi. Jadi perasaan itu bercampur-baur waktu menyanyi,” katanya.
Kilauan Emas 2024 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Joey Daud selaku pengacara bersama, bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam, Selangor, setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Prima.
Minggu ini, Juara Gegar Vaganza ke-9 yang juga merupakan juri tetap program The Chosen One 2024, Jaclyn Victor berada di posisi juri jemputan di samping juri tetap iaitu Datuk Hattan dan Erra Fazira.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit Jaja Ishak senang untuk bekerjasama dengan pelakon yang tidak memeningkan kepala dan boleh memberikan sepenuh komitmen di dalam mana-mana karya terbitannya.
Mengulas mengenai isu artis yang pernah terpalit kontroversi, Jaja memilih untuk tidak mengambil kesempatan atas isu panas yang terjadi demi menaikkan rating.
“Bagi saya, tidak semestinya selebriti yang terpalit dengan kontroversi mampu menaikkan rating sesebuah karya. Saya tak percaya dengan perkara itu.
“Kontroversi ada dua, positif atau negatif. Saya tak berminat dan enggan untuk menangguk di air keruh.
“Saya tak suka elemen kontroversi seperti itu. Saya akui saya tak sehebat (penerbit) yang lain tetapi saya lebih gemarkan kerja yang tidak memeningkan kepala.
“Bagi saya mudah, tak kisahlah artis itu terpalit dengan kontroversi atau tak ada cerita panas langsung, asalkan dia tak memeningkan kepala, boleh memberikan komitmen dan tidak melanggar undang-undang, saya baik-baik sahaja,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan ada pelakon yang menjalinkan hubungan di set penggambaran meski sudah memiliki pasangan, Jaja tidak mahu menghakimi sekaligus enggan mencampuri urusan peribadi artis.
“Sejujurnya, saya tak suka masuk campur mengenai isu peribadi artis. Mereka nak bercinta ke, nak berkawan ke, bukan masalah saya.
“Saya nak menghakimi pun saya sendiri tak tahu cerita sebenar kerana sebagai penerbit, bukan ‘kerja’ saya untuk campuri urusan peribadi mana-mana artis.
“Saya mahu suka untuk fokus kepada kerja dan keperluan stesen televisyen. Isu berkaitan urusan peribadi saya tak mahu campur asalkan semua kerja berjalan lancar dan semua pihak okay, saya positif sayalah,” katanya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...