Berjaya melepasi tahap enam bulan penyusuan secara eksklusif, pemenang Pencarian Hos Mingguan Wanita, Syakirin Husnal rela melakukan apa sahaja untuk anaknya, Vea Khadija, 7 bulan.

“Tak Pernah Judge Ibu Yang Beri Anak Susu Formula,” – Susukan Anak Hingga 2 Tahun, Ini Kata Pemenang Hos Mingguan Wanita, Syakirin Husnal

Saya nak beri susu badan sepenuhnya tapi saya tak pernah judge ibu yang beri anak susu formula sebab anda juga ibu yang hebat untuk anak-anak,” ulasnya.

Nekad menyusukan anak sehingga dua tahun, ulasnya sukar membahagikan masa antara kerjaya dan anak kecilnya.

Ads

Kehidupan baharu sebagai ibu membuatkannya bergelut dengan masa apatah lagi terikat dengan rutin menyusu badan.

Masa yang jadi masalah sebab kena susukan anak. Selalu bila bekerja, kita kena pam susu setiap tiga atau empat jam, kalau tidak, memang sakit.

Ads

“Macam sewaktu tugasan Orang Asli, saya bawa pam dan jadi masalah sebab macam mana nak bawa balik susu, tapi kita kena pandai fikir sebab kita nak kena susukan anak sampai dua tahun.

Orang selalu kata, perempuan kena pilih satu sahaja. Keluarga atau kerjaya. Saya nak jadi wanita yang bekerjaya dan ibu yang hebat.”

Ads

Walaupun kesibukan kerja membuatkannya terpaksa pulang ke rumah hingga ke pagi, namun ulasnya, belum pernah sekalipun dia mengheret anak ke lokasi penggambaran.

Syakirin belum pernah lagi bawa Vea ke mana-mana sebab tak mahu dia tak selesa.

“Sebab tu sentiasa ada dua beg dalam tangan, selepas habis kerja saya akan terus pam susu,” katanya kepada MH.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI