Penyanyi, Baby Shima meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang didakwa sering kali menyebarkan kebencian terhadap dirinya.

Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, sepanjang hayatnya, dia tidak pernah mengganggu apatah lagi menyusahkan orang lain.

“Tak Pernah Kacau Orang Lain, Rumah Tangga Orang…,” – Ramai Membenci? Baby Shima Kecewa

Katanya lagi, perkara tersebut sebenarnya telah menjadi tanda tanya buat dirinya sejak dahulu lagi.

“Kadang terfikir juga kenapa ramai sangat orang benci Shima?

“Sedangkan Shima tak pernah kacau orang lain, rumah tangga orang, keluarga orang atau minta duit dekat mak ayah korang. Tak pernah,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Ads

“Tak Pernah Kacau Orang Lain, Rumah Tangga Orang…,” – Ramai Membenci? Baby Shima Kecewa “Tak Pernah Kacau Orang Lain, Rumah Tangga Orang…,” – Ramai Membenci? Baby Shima Kecewa

Pada masa sama, Shima turut memaklumkan dia sebenarnya sudah tidak kuat lagi untuk berdepan dengan cabaran yang harus dilaluinya ketika ini.

“Terus terang Shima cakap, Shima dah tak kuat dengan apa yang Shima dah lalui sekarang. Boleh tak korang rasakan apa yang Shima rasa?,” ujarnya lagi.

Entri berkenaan nyata menerima reaksi pelbagai daripada ramai pihak.

Ads

“Tak Pernah Kacau Orang Lain, Rumah Tangga Orang…,” – Ramai Membenci? Baby Shima Kecewa

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Shima supaya mengendahkan kata-kata negatif tersebut.

“Kita tak bisa puaskan hati semua orang.

“Pedulikan apa orang cakap. Kuatkan semangat dan teruskan bekerja.

Ads

“Sabar Shima. Kena kuat dan sentiasa positif.

“Sabar ye dik. Lumrah manusia.

“Sabar ye Shima. Anggap itu semua cabaran untuk kita lebih maju ke hadapan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sehingga kini entri berkenaan telah pun meraih lebih 25,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.

“Tak Pernah Kacau Orang Lain, Rumah Tangga Orang…,” – Ramai Membenci? Baby Shima Kecewa

Selain menyanyi, Shima juga dilihat aktif menghasilkan konten di saluran Youtube miliknya yang kini telah pun memiliki lebih 1.5 juta pengikut.

Sumber: Instagram Baby Shima

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI