Pelakon Diana Rafar ada memuat naik satu foto pada entri terkininya di Instagramnya bersama rakan artis, Elizad Sharifuddin.
Tulisnya pada ruangan kapsyen, dia berpeluang untuk bertemu dengan Elizad setelah diundang menerusi program Mingguan Wanita yang membincangkan isu Rahsia Murah Rezeki, tengahari tadi.
Dalam kesempatan bertemu, adik kepada Linda Rafar ini juga sempat mendedahkan sikap Elizad yang disenanginya sejak dulu hingga kini.
“Tadi sharing topic murahnya rezeki di @mingguanwanita, mashaallah best topic ni tp rezeki saya hari ni bertemu dgn adik saya ni yg dari dulu sentiasa sama je walaupun Allah tambahkan rezeki melimpah ruah pada dia rezeki kejayaan dan mcm2.
“Dia tak penah sombong, tak penah buat2 busy, tak penah konon nya tak nampak org sb rabun. mashaallah moga kita semua tak kan lupa siapa kita bila Allah bagi rezeki yg melimpah ruah amin ya Allah ! Luv u @elizadsharifuddin,” tulisnya.
Menerusi kemas kini tersebut, Elizad juga dilihat turut memberikan reaksi. Kongsi Elizad, Diana juga seorang artis yang cukup merendah diri dan murah senyuman.
“Laaa kakakkk kuwhhh ini . U foreberrr merendah diri & senyummmmmm jeee ! Loveee sgt2 ! Doakan ejd jgk tatakkkk kuwhhhh,” balasnya.
Terdahulu, Diana turut memuat naik poster sempena topik yang dibincangkan menerusi program berkenaan yang turut mengundang Ustazah Fatimah Syarha.
Foto: Instagram Diana Rafar