Pelbagai persepsi timbul apabila pelakon, Ruhainies sering berkongsi foto melancong ke luar negara bersama sang kekasih.
Sedar akan prasangka netizen, dia mengakui sukar untuk mengelak daripada kecaman, lebih-lebih lagi apabila berkongsi foto berdua dengan si dia.
Namun tegas Ruhainies, dia tidak pernah sekalipun dia bercuti berdua. Sebaliknya, setiap percutian pasti akan ditemani ahli keluarga lainnya.
“Setakat ini tak pernah lagi cuti berdua dengan dia. Semua dengan keluarga atau saya akan bawa ibu atau dia bawa mak dia.
“Cumanya, kalau di sini, adalah kami keluar berdua,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pelakon Jejak Karmilla ini juga tidak boleh menolak persepsi orang di luar sana.
“Takut orang salah sangka. Tapi memang kita tak boleh nak elak semua itu.
“Sebab itu saya akan kongsi gambar dengan keluarga supaya orang tak fikir bukan-bukan,” jelasnya lagi.
Ditanya mengenai sampai bila dia mahu ‘menutup’ wajah dan identiti si dia dari pengetahuan umum, Ruhainies punya jawapan sendiri.
“Bila dah jadi hak milik, saya akan tunjuk siapa dia. Saya tak tunjuk sebab tak mahu mulut-mulut jahat berkata-kata “ala bukan elok sangat pun kekasih dia”.
“Jadi lebih baik tutup jadi orang tak tahu siapa dia.
“Kalau dah kahwin nanti, misalnya orang nak cakap buruk juga, kita tak boleh nak cakap apalah. Mulut orang tak boleh tutupkan? Tapi buat masa sekarang, biarlah begitu,” akhirinya.
Terdahulu, Ruhainies ditemui pada majlis Sidang Media & Tayang Perdana Program Raya Astro 2019 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Mengambil kempen ‘Sempurna Seadanya’ bagi Aidilfitiri tahun ini, Astro cuba menawarkan variasi program istimewa di semua platfrom merangkumi rancangan hiburan televisyen, radio, sukan, kandungan premium & digital dan banyak lagi.
Antara program menarik yang bakal disajikan sepanjang musim perayaan nanti termasuklah Hantu Kak Limah, Polis Evo 2, Dukun, Gegar Vaganza Raya Muzika dan banyak lagi.