Penyanyi ramaja, Kucaimars menafikan dirinya pernah menggunakan aplikasi mencari teman, Tinder seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
Katanya, dia sendiri tidak tahu tentang aplikasi tersebut dan hanya pernah mendengarnya daripada orang sekeliling.
“Saya tak pernah main Tinder dan saya tidak tahu pun apa benda semua tu.
“Saya hanya dengar-dengar sahaja sebelum ini,” katanya kepada MH.
Kucaimars berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single dan muzik video terbarunya bertajuk ‘Jawab’ di Dewan Platinum Kolej Melati, Universiti Teknologi Mara, Kampus Shah Alam pada Isnin.
Menurut bintang berkenaan, lagu tersebut adalah mengenai kisah lampaunya yang pernah ditinggalkan kekasih sebelum ini.
“Saya tidak megambil masa yang lama untuk memikirkan tentang idea lagu ini kerana ianya kisah saya sendiri.
“Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang kantoi selingkuh dengan lelaki lain.
“Perkara tersebut menyebabkan saya belum bersedia untuk bercinta semula,” ujarnya.
Terdahulu, lagu Jawab ciptaan sepenuhnya Hang Nadim dan Loq telah meraih hampir 200,000 jumlah tontonan tidak sampai dua minggu ia ditayangkan di laman Youtube.