Menampilkan elemen persembahan luar biasa, akhirnya penyanyi Aepul Roza dinobatkan selaku juara sulung program The Hardest Singing Show (THSS).
Cemerlang menerusi dua tugasan iaitu ‘Taruhan Akhir’ dan ‘Kolaberdua’, Aepul berjaya mengetepikan lima finalis lain sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM150,000, pakej pelayaran dan trofi.
Persembahan konsistennya turut mendapat komen positif juri yang dibarisi Edry Abdul Halim, Zizan Razak serta dua juri jemputan iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Adlin Aman Ramli.
Menurut Aepul, anugerah ini merupakan kemenangan pertaman di dalam hidupnya .
“Terima kasih semua. Terima kasih Astro untuk peluang dan ruang ini. Saya tak pernah menang apa-apa pertandingan walau cabutan bertuah.
Ads
“Ini kuasa Allah. Terima kasih kerana percaya saya untuk tanggungjawab ini,” katanya.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Ayda Jebat. Ayda membawa wang tunai RM20,000beserta pakej pelayaran dan trofi
Penyanyi asal Sabah, Stacy pula menduduki tempat ketiga sekali gus menerima hadiah wang tunai RM10,000, pakej pelayaran dan trofi.
Ads
Stacy turun memenangi Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa dan menerima wang tunai RM10,000
Sementara itu, Aisya Retno dan pula Putera Muhammad pula mengungguli tempat keempat dan kelima.
Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000, pakej pelayaran dan trofi.
Ads
Tempat keenam pula jatuh kepada Zizi Kirana sekali gus menerima hadiah RM5,000, pakej pelayaran dan trofi.
Dalam pada itu, kesemua peserta pada malam turut menerima wang tunai RM10,000 setiap seorang sebagai tanda penghargaan daripada pihak penaja, Alha Alfa Cosmetic.
The Hardest Singing Show dihoskan oleh gandingan pengacara Rina Nose dan Nabil Ahmad selama 10 minggu di Auditorium CIDM, Cheras.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rupanya tidak sia-sia usaha Tya Arifin dalam berkongsi pelbagai tip perihal penyusuan badan selama ini apabila isteri Asyraf Khalid itu telah menarik perhatian Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur yang sememangnya peka terhadap kepentingan tersebut.
Atas rasa kagum dengan semangat dan komitmen bintang asal Indonesia tu di dalam memberi susu badan secara eksklusif buat kedua anaknya, pihak hospital telah berbesar hati mengiktiraf usaha ibu muda ini dengan melantiknya sebagai Ikon Selebriti Penyusuan Susu Ibu 2019.
Malah, berita gembira itu turut dikongsikan Tya menerusi beberapa posting di Instagram.
“Hari ini menjadi Hari yang sangat indah untuk Tya. Terima kasih Hospital Kuala Lumpur telah menyematkan •“ICON BREASTFEEDING 2019”• (Icon Selebriti Penyusuan Susu Ibu 2019) kepada Tya.
“Suatu penghormatan dan kebanggaan tersendiri untuk Tya. Dan juga suatu semangat yang berkobar lagi untuk Tya berbagi My Journey @journeywithtya,” maklum Tya.
Selepas menceburi bidang ‘lakonan’ drama pendek yang menjadi fenomena, bintang Youtube, Syahmi Sazli, Asif dan Yoe dilihat mahu cuba benda baru, dengan ‘terjun’ dalam dunia penyiaraan sebagai penyampai berita pula!
Ketiga-tiga anak jati Kelantan ini masing-masing cuba tampil berkeyakinan di depan lensa kamera ketika menyampaikan tajuk berita mengenai seekor biawak.
Malah, ketiga mereka turut disolek, mengenakan pakaian bersesuaian sebagai pembaca berita.
“Sep Kito Asif, Yoe & Syahmi Baca Berita
“Boleh ke Asif, Yoe & Syahmi baca berita ni???,” kongsi Instagram Buletin TV3.
Menerusi video berdurasi kira- kira empat minit itu, Yoe dan Asif masing-masing mempunyai karakter tersendiri.
Manakala, Syahmi pula tampil berkeyakinan.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan rata-rata terhibur dengan cara penyampaian mereka.
“Adat pertandingan.” Itu kata pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat yang menyifatkan ketiadaan namanya dalam senarai penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH 32) bukan rezeki buat dirinya pada kali ini.
Meskti tidak tercalon, penyanyi Temberang ini bagaimanapun tetap akan memberi sokongan penuh terhadap acara gilang-gemilang tahunan berkenaan.
“Ini semua adat pertandingan.Saya anggap ketiadaan nama saya dalam senarai penuhnya bukan rezeki namun akan tetap memberikan sokongan kepada penganjuran anugerah itu.
“Lagipun prinsip saya bukan nak kejar trofi tapi karya yang berkualiti untuk terus menghiburkan pencinta muzik dan mewarnai industri seni lakonan. Itu lebih penting,” jelas Ayda.
Tambahnya lagi, sesebuah anugerah yang diraih tidak semestinya mampu menjamin seseorang artis itu untuk terus kekal berada dalam industri seni.
Sebaliknya, bagaimana seseorang artis itu mampu untuk terus merencana perjalanan seninya.
“Anugerah bukan tiket untuk melayakkan diri berada di dalam industri seni buat selama-lamanya.
“Saya pernah menang anugerah, tapi saya juga pada masa sama masih perlu berusaha untuk mendapatkan naskhah yang terbaik serta lagu-lagu yang mesra pendengar bagi menambat hati peminat.
“Apapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang tercalon dalam lima senarai akhir ABP tahun ini,” ucap Ayda.
Sekadar informasi, ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, jam 9.00 malam.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular Hollywood, Penn Badgley mengejutkan peminat apabila mendedahkan amalan hariannya yang tidak dijangka iaitu membaca al-Quran setiap malam sebagai bentuk meditasi.Menerusi wawancara bersama...