Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mendedahkan dia tidak pernah terfikir yang dirinya mampu untuk memiliki rumah sendiri yang mencecah nilai jutaan ringgit.
Menurut Nabila, dia sangat bersyukur kerana rezekinya telah dipermudahkan sepanjang berkecimpung di dalam dunia seni.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana segala urusan untuk memiliki rumah pertama telah dipermudahkan. Saya sebenarnya tak pernah impikan yang diri saya mampu memiliki rumah sendiri.
“Kalau ikutkan perancangan asal, bila saya tamat pengajian dahulu, saya perlu bekerja dan mungkin selepas itu, baru saya boleh merancang untuk memiliki rumah sendiri. Jadi, prosesnya mungkin agak lambat.
“Namun, bila Allah murahkan rezeki saya di dalam industri seni ini, segalanya seperti dipermudahkan,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, Nabila mendedahkan dirinya harus cekal untuk mendisiplinkan diri dan merancang kewangannya dengan baik.
Ads
“Bagaimanapun, urusan pembelian ini tidaklah berlaku dalam waktu yang singkat. Prosesnya berjalan agak lama juga. Bukan bermaksud bila dah ceburi bidang seni ini, terus saya boleh beli rumah. Ia bukan begitu.
“Saya banyak menyimpan dan menjaga nafsu untuk membuat pelbagai perkara. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti apa yang dirancang,” ujarnya lagi.
Penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkata sedemikian ketika menganjurkan majlis rumah terbuka di kediamannya di Rawang, Selangor pada Ahad.
Ads
Meskipun sudah memiliki hampir segalanya, Nabila memaklumkan dirinya tidak kisah untuk sama-sama membangunkan keluarga bersama bakal suami.
“Saya mahu suami yang rajin juga. Saya tiada masalah untuk sama-sama berusaha. Itu sudah cukup buat saya. Bagaimanapun, saya percaya, sebagai wanita, kita kena tahu untuk berdiri di atas kaki sendiri.
“Walau apa yang terjadi, kita mampu untuk mengharunginya tanpa bergantung harap kepada sesiapa. Lebih-lebih lagi ketika keadaan ekonomi yang tidak berapa baik sekarang ini.
“Masing-masing kena pandai jaga diri dan fikir untuk masa hadapan,” katanya lagi.
Ads
Ditanya tentang cabaran para anak seni untuk memiliki aset sendiri memandangkan status mereka sebagai ‘freelance’, Nabila memaklumkan segalanya boleh dirialisasikan dengan ilmu.
“Sejak kecil, saya diajar cara menyimpan duit dan melabur. Ketika ini pula, saya sedang belajar tentang menyimpan emas. Banyak medium yang boleh kita belajar.
“Sewaktu membuka syarikat sendiri, saya dah mula untuk mengadakan slip gaji. Dokumen yang artis susah nak ada, kita adakan. Walaupun tak tahu, kita kena bertanya. Kalau tak bertanya, selamanya perkara itu akan jadi susah.
“Bila ada duit, memang semua benda boleh beli tapi kertas kerja kena buat juga. Saya bukanlah lahir-lahir terus tahu beli rumah. Saya ada berjumpa juga dengan pejuang hartanah untuk dapatkan nasihat,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Fasha Sandha menasihati kepada orang ramai untuk menzahirkan rasa syukur dalam diri meski menghadapi kesusahan yang dialami.
Ini kerana, bagi Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, masih ada insan di luar sana yang lebih rasa susah, berbanding kita.
Malah, pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini turut berpesan jangan pernah sesekali membandingkan kehidupan kita dengan orang lain.
Fasha mencoretkan kata pada pautan video dia dan suami berada di dapur untuk hidangan mereka sekeluarga.
“Ketandusan idea, maka terjadilah menu ni..Yang penting, suami tolong hari ni, haaa baru dia tau, mencabar juga masak memasak ni, Have a great weekend everyone.
“Pesanan untuk kesayanganku dan diri sendiri juga, buat baik berpada2 , buat jahat jangan sekali… dan bersyukurlah selalu dengan apa yang Allah bagi.
“Apabila tiada kesyukuran dalam diri maka Allah akan tarik nikmat hidup, sikit demi sedikit… kalau kita rasa kita susah, masih terlalu ramai lagi orang yang lebih double triple susah daripada kita.
“Sekurangnya kita masih boleh makan, haruslah BERSYUKUR. Love you Kesayanganku,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Facebook baru-baru ini, vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat ada berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar penyanyi hingga dikenali seperti hari ini.
Status panjang lebar yang dikongsikan itu juga antara lain turut menyentuh mengenai kisah rumah tangganya ketika dirinya awal-awal bergelar penyanyi.
Azmi pada masa sama turut mendedahkan, ada ketikanya dia terpaksa menolak cara baik tawaran persembahan meski melibatkan bayaran yang tinggi demi mengisi masa bersama isteri tersayang, Nazira Muhammad yang dikahwininya sejak beberapa tahun lalu.
Azmi meyakini bahtera rumah tangga yang dibina atas rasa kasih sayang seorang isteri yang sanggup hidup sudah dan senang lebih memberi makna dan diberkati.
Azmi berkongsi, dia ada berbual dengan seorang kenalan yang sudah pun berpisah dengan isteri gara-gara tiada persefahaman memandangkan kerjanya yang tidak menentu lalu membuatkan bekas isteri merungut.
Lalu, bekas pemenang Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu Ke-29 itu mengakui dia dan isteri pernah melalui pengalaman hampir sama, yang mana dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan persembahan nyanyian atas kekangan masa bersama isteri.
Lalu, mereka juga pernah berselisih faham dan si isteri ada membuat luahan dirinya sangat memerlukan suami di sisi pada waktu malam. Malah, Nazirah turut menyatakan dia tidak kisah untuk hidup susah bersama andai suami tercinta sering ada di sisinya.
Akhirnya, Azmi mengambil keputusan mengenai pendiriannya dan andai memerlukannya dalam tempoh yang agak lama, pihak pengurusan perlu memaklumkan lebih awal bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Selepas mengambil pendirian itu, Azmi mengakui ada ketikanya dia rasa tertekan bila mana ada yang membuat telahan dia takut isteri dan sebagainya. Bagaimanapun, dirinya tekad selepas memandangkan isteri adalah tanggungjawab suami.
Foto: Facebook Azmi Saat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nurshahila Amzah atau sinonim dengan panggilan Shila Amzah kini sedang menanti hari untuk melahirkan anak pertamanya.
Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Shila berkata dia kini menonton video orang lain bersalin hampir setiap hari.
Kongsi penyanyi lagu Tiada Dirimu ini, dia sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata pertamanya itu.
“Kembang setaman. In sha Allah Lagi lebih kurang sebulan lebih je ni..Hari2 tengok video labor and delivery org lain Bag hospital in Sha Allah dah complete.
“Kalau ikut kan tendangan padu dari baby, dia macam dah tak sabar nak keluar…
Terutamanya tendangan Di tulang rusuk saya.. Tak kelakar ye rasa dia,” tulisnya.
Perkahwinan Luna Maya dan Maxime Bouttier memukau pandangan ramai pihak. Selain kagum melihat kebahagiaan pasangan mempelai, setiap sudut perincian majlis bermula dari dekorasi, busana,...